Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
PappaRoti yang terkenal dengan roti ban perisa kopi telah memulakan perniagaan di Malaysia sejak 14 tahun lalu. Sehingga kini PappaRoti mempunyai cawangan di beberapa buah negara Asia, Timur Tengah, Australia dan paling baharu di Amerika Utara.
Saya pernah menjadi pelanggan tetap PappaRoti di Melbourne ketika tinggal di sana beberapa tahun lalu malah turut berkesempatan mengunjungi cawangan lain di Gold Coast.
PappaRoti memilih Vancouver, Kanada sebagai cawangan pertama untuk Amerika Utara. Lokasi yang dipilih begitu strategik kerana ia terletak di tengah pusat bandar dan berdekatan dengan tempat membeli belah.
|
PappaRoti di Vancouver merupakan cawangan pertama di Kanada. |
|
Pelanggan boleh memilih samada untuk duduk di dalam atau di luar kedai.
*Anda boleh melihat pemandangan gunung bersalji di sebelah kanan gambar.* |
|
Pelanggan akan mendapat roti ban segar terus dari oven. |
|
Kaunter penyediaan makanan yang bersih. |
|
Salad, biskut, dan roti sandwic turut dijual. |
|
Produk kopi dari keluaran PappaRoti. |
|
Di hadapan kaunter memesan. |
|
Selain roti, pelangan boleh memilih pelbagai pilihan minuman panas atau sejuk. Senarai harga roti (di bahagian kiri gambar) adalah berbeza mengikut perisa. |
|
Di satu sudut lain di dalam kedai. |
|
Suasana yang agak tenang pada lewat waktu pagi. |
|
Saya tidak menyangka roti dibeli dimasukkan di dalam kotak. |
|
Empat biji roti yang saya beli dengan harga $15.00 |
PappaRoti Vancouver Flagship
1505 Robson St,
Vancouver, BC V6G 1C3
(604) 336-BUNS (2867)
Dua buah cawangan PappaRoti yang lain terletak di Brampton, Ontario dan Montreal, Quebec (akan dibuka).
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram,
blog_th2010.
sedapnyerr...
ReplyDeletesekali baca tajuk, cam Papa Kedana... adoii mata tghari jumaat ni kannn :p
Hehehe :)
Delete