Friday, 14 July 2017

Pemanduan Dari Farmington Ke Four Corners Monument

Pemanduan pada hari ini bermula pada awal pagi dari Farmington menuju ke Monument Valley. Tetapi sebelum itu kami singgah di Four Corners Monument untuk mengambil gambar sebagai tanda yang sekali lagi kami telah berada di mercu tanda empat buah negeri ini.

Masa pemanduan dari Farmington menuju ke Four Corners Monument mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit tanpa henti. Oleh kerana banyak gambar yang ingin dikongsikan, maka saya telah menyiapkan sebuah video pendek. Selain daripada itu, lima gambar di bawah merupakan antara yang menjadi kegemaran saya. New Mexico ialah salah satu negeri di Amerika Syarikat yang pernah saya tinggal. Terlalu banyak pengalaman dan kenangan manis yang diperolehi dan oleh kerana itulah New Mexico sentiasa mendapat tempat di hati.

Sekiranya ada di antara anda yang tidak dapat menonton video di laman blog, saya sarankan anda tonton melalui saluran You Tube.
Instagram :  blog_th2010
You Tube :  Shery NN

No comments:

Post a Comment