Thursday, 9 November 2017

Kembara Amerika Syarikat Ogos 2017

Beberapa bulan yang lalu saya dan suami telah melakukan kembara berkereta tanpa dirancang ke Amerika Syarikat. Pemanduan dari Vancouver ke Las Vegas agak berbeza dari kembara yang biasa kami lakukan sebelum ini kerana kami mengambil keputusan untuk tidak tidur di hotel semasa perjalanan yang mengambil masa tiga hari lamanya.

Buat pertama kalinya juga saya telah memberi peluang kepada pengikut Instagram mengikuti kembara saya dari semasa ke semasa yang bermula dari Vancouver sehingga berakhir di Las Vegas. Melalui IG story tersebut mereka mendapat gambaran lebih jelas bagaimana cara pengembara seperti saya dan suami yang menjadikan kereta sebagai rumah sementara. Seperti contoh bila kami berhenti tidur di tepi jalan, makan dan mengisi minyak kereta.

Saya tidak memuat naik sebarang gambar di sini sebaliknya telah menyiapkan beberapa video. Menonton video akan memberi peluang kepada anda untuk berasa seperti anda berada di dalam kereta mengikut kami di sepanjang perjalanan. Semoga anda terhibur.

14 Ogos 2017 - 16 Ogos 2017
Vancouver, British Columbia Canada - Las Vegas, Nevada, USA.
Pemanduan bermula di Vancouver pada sebelah dan tiba di Las Vegas pada awal pagi dua hari selepas itu.
Video ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/K7-0PidqQAk

18 Ogos 2017
Las Vegas, Nevada - San Bruno, California.
Untuk pulang semula ke Vancouver, kami sudah merancang bermalam di San Bruno. Pemanduan dari Las Vegas bermula pada waktu subuh dan tiba di San Bruno pada sebelah petang. Masa pemanduan agak panjang kerana kami singgah di dua buah tempat menarik di Baker, California (artikel akan disiarkan tidak lama lagi) dan termasuk kesesakan lalu lintas di lebuh raya.
Video ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/gRWpnX1HHN0

19 Ogos 2017
San Bruno - San Francisco, California.
Melalui video ini anda boleh melihat pemandangan semasa pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco sehingga ke pusat bandar, 'perkampungan orang tidak berumah' (homeless) seterusnya ke Golden Gate Bridge dan Battery Spencer. Lokasi yang paling strategik bagi pelancong yang datang untuk melihat pemandangan San Francisco dan Golden Gate Bridge ialah di Battery Spencer.

Video ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/LDlZaQXDd4Y

19 Ogos - 21 Ogos 2017
Sausalito, California - Vancouver, British Columbia, Kanada.
Dari Battery Spencer, kami meneruskan pemanduan pulang ke Vancouver dan selamat tiba di Vancouver pada tengah malam 21 Ogos.
Video ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/WIkKspxTqTU

Melalui video di atas, anda dapat lihat keadaan cuaca yang berjerebu akibat dari kebakaran hutan di California. Di sepanjang lebuh raya di Oregon dan Washington pula terdapat banyak papan tanda amaran tentang kesesakan lalu lintas luar biasa yang akan terjadi pada keesokan hari kerana beberapa buah daerah di Oregan menjadi tumpuan dunia untuk menyaksikan gerhana matahari.
Jumlah pemanduan keselurahan dari 14 Ogos sehingga 20 Ogos ialah 5101.4 kilometer.

No comments:

Post a Comment