Wednesday, 10 January 2018

Ulang Tahun Blog Ke-8

7 Januari 2010 ialah tarikh bermulanya saya melangkah masuk ke dalam dunia blog. Pada ketika itu saya hanya mahu menulis sebanyak yang boleh serta berkongsi gambar-gambar dan pengalaman berhijrah ke Australia kepada keluarga dan rakan-rakan. Saya tidak pernah terfikir apa akan terjadi dengan blog ini dalam jangka masa panjang.

Kini usia laman blog saya sudah menjangkau lapan tahun. Sepanjang lapan tahun ini juga blog ini turut 'mengikut' saya menetap di tiga buah negara iaitu Australia, Amerika Syarikat dan kini di Kanada. Bilangan pembaca juga turut bertambah malah mereka datang dari pelbagai negara di seluruh pelusuk dunia.

Saya tidak pernah dan tidak akan jemu mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang masih setia bersama saya selama ini. Tanpa sokongan daripada pembaca dan pengikut Instagram, saya tidak mungkin berada seperti sekarang. Saya hargai setiap pujian yang diberikan dan saya juga bersedia menerima sebarang cadangan atau pendapat yang mungkin bakal memberi manfaat kita bersama. Setiap hari juga saya masih belajar dan memperbaiki mutu penulisan agar ianya lebih bagus berbanding sebelumnya.

Terima kasih semua.

Gambar-gambar di bawah disusun mengikut turutan dari bulan Ogos 2017 hingga Januari 2018. Dua gambar pertama dirakamkan di Amerika Syarikat;
http://sharery.blogspot.ca/search?q=ibu+pejabat+you+tube
http://sharery.blogspot.ca/2017/12/pemanduan-ke-area-51-nevada-bahagian-1.html?q=area+51

Gambar ketiga dirakamkan di Toronto, Ontario, Kanada. Artikel mengenainya akan disiarkan tidak lama lagi. Manakala gambar yang lain dirakamkan di Vancouver, British Columbia, Kanada. Sekiranya ingin melihat gambar-gambar lain yang dirakamkan pada musim sejuk, sila ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment