Tuesday 26 June 2018

Lokasi Pengambaran Drama Once Upon A Time

Adakah anda di antara peminat setia drama bersiri Once Upon A Time? Drama bersiri Amerika Syarikat  yang popular ini memulakan tayangan pada Oktober 2011 dan tayangan musim terakhir baharu sahaja berakhir pada bulan lalu. Selama tujuh musim drama ini menggambarkan lokasi di Storybrooke, Maine, Amerika Syarikat tetapi pengambaran sebenar dijalankan di Steveston, British Columbia, Kanada. Papan-papan tanda di beberapa buah kedai di sini akan diturun dan digantikan dengan perkataan Storybrooke apabila pengambaran dijalankan.

Terdapat sebuah pejabat pos mini di Steveston yang turut menempatkan muzium, pusat penerangan pelancongan di mana ia turut menjual cenderahati khas untuk peminat drama Once Upon A Time berserta peta lokasi pengambaran.

Once Upon A Time bukan satu-satunya drama yang memilih Steveston sebagai lokasi pengambaran tetapi puluhan drama dan filem Hollywood yang turut 'berkampung' di Steveston. Antara drama dan filem (sekadar senarai pendek) yang pernah menjalani pengambaran di Steveston ialah Supernatural, Lucifer, Stargate SG-1, The X-Files, Siren, Godzilla, Deadpool, Power Rangers dan Overboard.

Tempat tinggal saya tidak jauh dari Steveston justeru saya kerap datang ke sini malah tanpa sengaja pernah menyaksikan pengambaran drama bersiri baharu bertajuk Siren. Gambar-gambar di bawah dirakamkan di Steveston pada musim sejuk tahun lalu. Ketika saya rakamkan video di Fisherman's Wharf, suasana begitu tenang dan sunyi kerana faktor cuaca. Bilangan pelancong berkurangan apabila musim sejuk tetapi tidak pada musim lain.

Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/q_lXq9UX7gs

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment