Pada hari Ahad iaitu beberapa hari setelah pulang dari Singapura dan Malaysia, cuaca sangat baik bagi musim sejuk di sini. Walaupun suhu rendah tetapi matahari memancar dengan langit membiru pada hari tersebut. Ramai orang mengambil kesempatan hujung minggu untuk keluar beriadah bersama keluarga.
Deep Cove terletak kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Vancouver. Waktu pemanduan bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa. Di sini pengunjung dapat melihat keindahan alam semulajadi yang begitu mendamaikan. Saya kerap datang ke Deep Cove pada musim yang berbeza dan pemandangan di sini tidak pernah menjemukan. Di kawasan kejiranan terdapat beberapa buah restoran dan kafe yang sesuai untuk dikunjungi oleh pengunjung.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment