Monday, 6 August 2018

Penerbangan Dari Vancouver Ke Tokyo All Nippon Airways

Pada bulan 22 Januari lalu saya mengambil penerbangan All Nippon Airways dari Vancouver ke Singapura.
22 Januari 2018
NH 115 Vancouver - Tokyo

23 Januari 2018
Lapangan Terbang Haneda Terminal Antarabangsa

24 Januari 2018
NH 843 Tokyo - Singapura

NH 115 dari Vancouver yang sepatutnya berlepas pada jam 3:05 petang telah ditangguh kepada 6:00 petang kerana pesawat terkandas di Tokyo akibat ribut salji. Syarikat penerbangan Japan Airlines turut mengalami nasib yang sama. Walaupun para penumpang telah mendapat maklumat berjam-jam awal tetapi ia bukan penyebab untuk datang lewat ke lapangan terbang. Waktu daftar masuk tetap sama dan penumpang seharusnya selesaikan urusan daftar masuk seperti biasa. Kami menerima kupon makanan percuma dari All Nippon Airways dan ia boleh digunakan di kebanyakan  premis perniagaan (food court) di dalam terminal.

Sementara menunggu penerbangan All Nippon Airways yang akan tiba dari Tokyo, saya dapat melepaskan rindu apabila dapat melihat ketibaan penerbangan Qantas Airways dari Sydney. Sekadar maklumat tambahan, penerbangan Qantas Airways dari Sydney-Vancouver-Sydney hanya beropersi pada musim sejuk dan panas.

Kapal terbang Boeing 787 Dreamliner dengan nombor penerbangan NH 115 akhirnya berlepas lebih kurang jam 6:00 petang. Sepanjang penerbangan makanan dihidangkan sebanyak kali tidak termasuk snek atau makanan ringan. Muslim Meal telah saya tempah awal semasa dalam proses menempah tiket. Sebarang makanan istimewa (special meal) perlu ditempah awal dan selewat-lewatnya sebelum 24 jam waktu berlepas. Dipendekkan cerita, penerbangan berjalan lancar dan NH 115 selamat mendarat di Tokyo pada jam 9:05 malam bersamaan 23 Januari.
Video di atas ialah rakaman penuh selama 6 minit 45 saat iaitu penerbangan NH 115 dan NH  843 dari Vancouver ke Singapura. Saiz video ini agak besar dan untuk muat naik ke laman blog saya perlu mengecilkan saiznya. Sekiranya kualiti tidak memuaskan, saya galakkan anda menonton melalui saluran You Tube Shery NN kerana kualiti asal video kekal di You Tube;
https://youtu.be/UOUD9PgJdzk
Artikel mengenai  Lapangan Terbang Haneda Terminal Antarabangsa dan  penerbangan NH 843 akan disiarkan tidak lama lagi.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment