Monday, 17 September 2018

Lynwood, Mukilteo dan Gedung Mainan Funko di Everett

Seharian saya dan suami meluangkan masa melawat ke bandar Everett dan Mukilteo, Washington. Sudah menjadi kewajipan bagi kami melawat ke kilang Boeing satu atau dua kali sebulan. Kemudian melihat pemandangan lewat petang di Mukilteo dan pada sebelah malam kembali semula ke Everett untuk melawat ke gedung mainan Funko.

Adakah anda di antara peminat Funko? Sebenarnya suami saya yang teruja untuk datang ke sini. Walaupun saya tidak begitu berminat tetapi ratusan gambar telah saya rakamkan kerana saya suka akan dekorasi serta warna warni gedung ini. Tidak dinafikan setiap apa yang dilihat nampak begitu comel sekali.  Di satu sudut saya rasakan seperti berada di dalam kilang coklat filem Willy Winka & the Chocolate Factory.

Selain gedung utana dan terbesar (flagship store), ibu pejabat (HQ) Funko juga terletak di Everett, Washington. Semoga anda terhibur melihat gambar-gambar yang saya rakamkan di hampir setiap sudut di dalam dan luar gedung.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/0vMjhW6-ibM

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment