Semasa tinggal di New Mexico beberapa tahun lalu, saya kerap ulang alik ke Las Vegas dan sudah banyak kali lalu di persimpangan masuk ke Hoover Dam tetapi tidak pernah singgah untuk melihat empangan ini walaupun kami tahu ia merupakan tempat tarikan pelancong yang terkenal serta menjadi lokasi banyak pengambaran filem termasuklah filem Superman.
Kedatangan pada bulan Mei yang lalu merupakan pertama kali bagi saya dan suami. Cuaca pada ketika itu berangin kuat dan suhu dianggarkan sekitar 40 darjah Celsius. Di dua buah bangunan antara Sungai Colorado diletakkan jam dinding menunjukkan perbezaan waktu antara negeri Nevada dan Arizona.
Jika anda lihat melalui gambar-gambar yang saya rakamkan serta papan maklumat bergambar yang dicacak di situ, maklumat mengatakan rekod kali terakhir air naik dan melalui alur limpah ini ialah pada tahun 1983.
https://youtu.be/kLi1bXkpo2M
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment