NHL mempunyai taraf setanding seperti National Football League (NFL) dan National Basketball Associatio (NBA) malah para pemain juga bertaraf antarabangsa di mana ramai antara mereka juga bermain mewakili negara bagi kejohanan dunia.
Tiket untuk menyaksikan perlawanan hoki selalunya memang mahal justeru saya sebagai peminat lebih senang mengikuti perlawanan dengan menonton di saluran televisyen berbayar, mendengar di radio dan di laman sosial media Twitter.
Saya sebagai peminat yang baharu 2 tahun meminati sukan ini berasa sangat bertuah dan bersyukur kerana mendapat peluang menyaksikan perlawanan pertama kali ini dengan cara memenangi 4 keping tiket.
Sila ikuti dua artikel di bawah ini untuk mengetahui bagaimana saya memenangi tiket tersebut.
15 Mac 2018
http://sharery.blogspot.com/2019/03/bertemu-pemain-hoki-ais-nhl-vancouver.html?m=1
18 Mac 2018
http://sharery.blogspot.com/2019/03/hari-ulang-tahun-saya-26-november-2018.html?m=1
Di dalam surat akuan menerima hadiah, 2 pasang tiket yang dimenangi ialah berharga $500 (Canadian Dollar) dan ini bermakna sekeping tiket ialah berharga $150. Walau bagaimanapun setelah saya melihat harga tiket melalui laman rasmi menjual tiket perlawanan, harga bagi dua pasang tiket adalah berbeza, Salam erti kata lain jumlah sebenar keseluruhan ialah lebih dari $500. Di minit terakhir sebelum tiba di Rogers Arena, saya mengambil keputusan untuk mengambil dua tempat duduk di 'Club Section' di mana harganya lebih mahal berbanding sepasang lagi tiket yang saya hadiahkan kepada sahabat saya.
Sempena perlawanan menentang Los Angeles Kings, Vancouver Canucks menganjurkan tema 'Malam Hollywood' dengan kerjasama Discover Los Angeles. Di luar Rogers Arena telah diletakkan replika papan tanda terkenal Hollywood dan peminat boleh berjalan di atas permaidani merah ibarat seperti menghadiri majlis anugerah filem. Saya turut bergambar dengan sahabat yang saya hadiahkan sepasang lagi tiket perlawanan. Kami berkenalan secara tidak sengaja di dalam Instagram kurang satu tahun yang lalu dan ini merupakan pertemuan pertama kali buat kami berdua.
Hadiah utama yang ditawarkan kepada peminat sempena Malam Hollywood ialah tiket penerbangan pergi balik serta tiket perlawanan menyaksikan perlawanan Vancouver Canucks di Los Angeles. Selain itu beberapa peminat bertuah di dalam Rogers Arena mendapat baju-t secara percuma.
Pemegang tiket di 'Section Club' mempunyai beberapa keistimewaan dan berbeza dari tempat duduk biasa. Antara keistimewaannya ialah di sini peminat boleh memesan makanan dan minuman melalui pelayan yang bertugas. Menu pula diletakkan di tempat duduk di sepanjang masa perlawanan bagi memudahkan untuk memesan. Walau bagaimanapun saya dan suami hanya membeli minuman di bahagian kaunter jualan sahaja. Sebenarnya tiket perlawanan mempunyai banyak kategori dan pelbagai harga. Saya dapat merasai duduk di 'Section Club' yang harga tiketnya agak mahal akan tetapi masih banyak kategori yang lebih mahal dari itu serta mendapat layanan VIP yang harganya mencecah ribuan dollar. Tempat duduk yang berdekatan dengan para pemain juga adalah sangat mahal.
Menyaksikan perlawanan secara dekat sungguh berbeza jika hendak dibandingkan dengan hanya menonton di televisyen. Suasa dan kemeriahan di Rogers Arena sama seperti menonton wayang dan konsert. Ini adalah pengalaman yang begitu berharga walaupun saya hadir di dalam keadaan tidak sihat dan muka bengkak. Terima kasih juga kepada suami saya yang sudi menemani walaupun beliau tidak berminat dengan sukan ini.
Saya telah memuat naik sebanyak 51 gambar termasuk beberapa daripadanya adalah insan cari sahabat saya. Anda juga boleh menonton video kemeriahan malam perlawanan yang saya rakamkan.0
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment