Tuesday, 16 April 2019

Pengalaman Kali Kedua Menyaksikan Perlawanan Hoki Ais NHL

Pada 15 Disember 2018, buat kali kedua saya berpeluang menyaksikan perlawanan hoki ais National Hockey League (NHL) di Rogers Arena, Vancouver, Kanada yang melibatkan pasukan kegemaran saya iaitu Vancouver Canucks menentang pasukan dari Philadelphia Flyers. 

NHL mempunyai taraf setanding seperti National Football League (NFL) dan National Basketball Associatio (NBA) malah para pemain juga bertaraf antarabangsa di mana ramai antara mereka juga bermain mewakili negara bagi kejohanan dunia. Tiket untuk menyaksikan perlawanan hoki selalunya memang mahal justeru saya sebagai peminat lebih senang mengikuti perlawanan dengan menonton di saluran televisyen berbayar, mendengar di radio dan di laman sosial media Twitter. 

Saya sebagai peminat yang baharu 2 tahun meminati sukan ini berasa sangat bertuah dan bersyukur kerana memenangi dua keping tiket buat kali kedua tetapi kali ini dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Vancouver Canucks dan Jugo Juice melalui laman sosial Twitter. Cara pertandingan ialah, sesiapa yang terawal dapat meneka lokasi rahsia cawangan Jugo Juice dan datang terus ke cawangan tersebut, beliau adalah bakal pemenang. Walaupun saya dianggap pemenang bertuah tetapi ia tidak bermakna saya tidak pernah gagal sebelum ini. Sejak dari 2017 saya pernah beberapa kali menyertai pertandingan yang sama tetapi nasib tidak menyebelahi. Pernah juga saya berasa sangat hampa kerana saya datang lewat 5 minit dari pemenang lain. 

Dua keping tiket yang saya menangi berharga lebih kurang CAD400 ialah untuk perlawanan keesokkan harinya. Beralih kepada hari perlawanan,saya hadir ke Rogers Arena bersama suami pada jam 5:30 petang dan semua pintu dibuka pada jam 6:00 letang. Suasana menjelangnya Hari Krismas sudah mulai terasa di sekitar Rogers Arena. Para hadirin juga menerima minuman panas dari Tim Hortons secara percuma. Selepas melepasi pemeriksaan keselamatan di pintu masuk, kami sempat ke kedai cenderamata sebelum mengambil tempat duduk.

Semasa pertengahan perlawanan, saya ternampak keluarga bagi pemain dan Kapten pasukan iaitu Bo Horvat. Saya dapat rakamkan gambar bapa, ibu dan adik lelaki beliau yang duduk sebaris dengan saya. Keluarga Bo Horvat datang dari Toronto, Ontario. Gambar tersebut turut saya muat naik di bawah ini.
Sila ikuti dua artikel di bawah ini untuk mengetahui bagaimana saya memenangi tiket pada kali pertama.
15 Mac 2018
http://sharery.blogspot.com/2019/03/bertemu-pemain-hoki-ais-nhl-vancouver.html?m=1
18 Mac 2018
http://sharery.blogspot.com/2019/03/hari-ulang-tahun-saya-26-november-2018.html?m=1



Saya berkongsi pengalaman menyaksikan perlawanan hoki ais melalui video yang dirakamkan. Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/D1zaH-0ir1E

Vancouver Canucks mengalahkan Philadelphia Flyers 5-1.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment