Pada musim panas tahun lalu, saya dan suami berkesempatan bertemu dengan dua orang pengembara dari Singapura iaitu ZQ dan ZY yang tidak pernah kami kenali sebelum ini. Bagaimana kami boleh bertemu dengan mereka? Pada mulanya suami saya telah ternampak beberapa gambar pemandangan di Amerika Syarikat dan Kanada di dalam akaun Instagram pasangan pengembara ini. Apa yang menarik perhatian kami ialah, agak jarang sekali dapat melihat pemuda pemudi dari Singapura yang mengembara berbulan-bulan dengan menaiki kenderaan sendiri seperti yang biasa kami lakukan sebelum ini.
Kami menghubungi ZQ dan ZY melalui Instagram sementelah mereka berada di Kanada dan dalam perancangan meneruskan pemanduan ke Vancouver. Dalam waktu yang singkat temu janji telah dibuat dan akhirnya kami bertemu di salah sebuah restoran Jepun kegemaran kami. Seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain, pertemuan kami agak mesra dan begitu banyak topik kembara yang masing-masing telah kongsikan. Di kesempatan yang sama kami dapat melihat van mereka yang diberi nama Berry.
ZQ dan ZY telah membeli Berry sebaik sahaja mereka tiba di Los Angeles dan menukar rupa dalaman dari sebuah van kosong ke sebuah bilik tidur dan dapur. Pengubahsuaian dilakukan oleh mereka berdua yang langsung tidak mempunyai latar belakang atau kemahiran bertukang dan membina. Berry berjasa kepada ZQ dan ZY dengan membawa mereka mengembara merentasi Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico selama 5 bulan setengah dengan jarak lebih dari 20000 batu serta menempuh pelbagai cuaca seperti salji, kabus, panas terik, hujan batu dan ribut petir.
Instagram : blog_th200
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment