Shery NN berkongsi catatan kembara dan pengalaman menetap di beberapa buah bandar di empat buah negara dan di tiga benua yang berbeza.
Sunday, 16 August 2020
Sheraton Bellevue Hotel, Washington
Selepas Hari Krismas, saya dan suami kembali ke Seattle, Amerika Syarikat untuk menyelesaikan beberapa urusan kerja. Ini kali pertama kami menginap di Sheraton Bellevue Hotel. Sebagai ahli Marriott bertaraf Platinum, kami ditempatkan khas di tingkat enam dan dibenarkan masuk ke bilik istirehat Club Lounge di tingkat paling atas iaitu di tingkat tujuh. Keesokan harinya kami menikmati sarapan pagi yang disediakan percuma untuk tetamu hotel di Bellevue Grille iaitu restoran yang terletak berhadapan dengan pintu masuk hotel. Selain gambar-gambar yang dikongsikan di sini, saya turut rakamkan video sepanjang dua hari menginap di sini yang menarik untuk ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/9UjsJg1-RFw
No comments:
Post a Comment