Kamloops ialah sebuah bandar yang terletak 356 kilometer dari Vancouver. Saya datang ke sini kerana ia adalah salah sebuah bandar yang harus ditempuh semasa pemanduan pulang dari Vernon ke Vancouver. Kamloops tiba-tiba menjadi tumpuan seluruh negara pada bulan Mei yang lalu kerana berlakunya kejadian sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Kanada (dipanggil Snowbird) yang terhempas serta mengakibatkan kematian salah seorang dari ahli pasukan iaitu Kapten Jennifer Casey. Pesawat tersebut adalah dalam rangka lawatan merentas negara untuk menaikkan semangat dan penghormatan kepada mereka yang bekerja di barisan hadapan pandemik Covid-19. Selepas kejadian tersebut, misi merentas negara yang hanya tinggal beberapa lokasi lagi untuk dilawati dibatalkan serta merta. Sehingga ke hari ini, lapan lagi pesawat Snowbird diletakkan di Lapangan Terbang Kamloops.
Lapangan Terbang Kamloops begitu sunyi kerana ia ditutup akibat dari pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun saya berpeluang melihat dari jarak jauh Snowbird yang telah ditutup dengan kain merah. Selepas itu saya melawat ke lokasi pesawat terhempas iaitu di sebuah rumah yang terletak tidak jauh dari lapangan terbang. Melihat dari keadaan rumah yang masih jelas tidak dibaik pulih, saya pasti penghuni telah berpindah. Untuk melihat keadaan rumah ini dengan lebih jelas, sila tontoni video di saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/HSnfzg94GJ0
Sebelum menyambung pemanduan pulang, saya singgah pula ke Pusat Pelancongan Kamloops dan Aberdeen Mall. Satu lagi video yang dirakamkan di Kamloops boleh juga ditonton di saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/ijbG2HZEmIU
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment