Sunday, 18 October 2020

Hampton Inn & Suites by Hilton Edmonton/West

Sepanjang hampir dua minggu berada di Edmonton, saya menginap di Hampton Inn & Suites by Hilton. Hotel ini terletak berhampiran dengan pusat membeli belah terbesar di Amerika Utara iaitu West Edmonton Mall. Bilik suites yang diberikan oleh pihak hotel agak memuaskan. Di dalam musim pandemik COVID-19 ini, pembersih tangan (hand sanitiser) diletakkan di hadapan pintu masuk serta di hadapan lift. Sarapan pagi tidak dihidangkan secara buffet tetapi diberikan bungkusan secara individu untuk dibawa pergi. Kolam renang dan gimnasium boleh digunakan tetapi pengguna gimnasium hanya boleh masuk dengan kebenaran kakitangan hotel dan mereka sahaja yang boleh membuka pintu gimnasium. Video yang saya rakamkan di hotel ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/4Ly4-ND0BhQ

























Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment