Pada 21 Julai 2020, saya mengambil penerbangan pertama sejak pandemik COVID-19 bermula beberapa bulan sebelum itu dan ia adalah satu pengalaman norma baharu kepada saya. Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Calgary, saya sudah dapat melihat keadaan sekeliling yang sunyi sepi di bahagian luar bangunan terminal. Pelitup muka wajib dipakai sewaktu berada di dalam bangunan terminal serta di dalam kabin pesawat. Sepanjang berjalan kaki dari kaunter daftar masuk ke pintu perlepasan, saya mengagak lebih kurang 80% kedai-kedai di dalam bangunan ditutup. Sebelum masuk ke kabin pesawat, petugas penerbangan melakukan pemeriksaan suhu terhadap semua penumpang.
Ini merupakan pertama kali saya menaiki penerbangan WestJet kerana sebelum ini saya pernah menaiki penerbangan Air Canada sahaja. Tempat duduk saya ialah barisan 3 dari hadapan iaitu tempat duduk premium. Ia seakan seperti kelas perniagaan kerana harga dan faedahnya lebih berbanding tempat duduk ekonomi. Pemandangan di sepanjang penerbangan dari Calgary ke Vancouver adalah sangat mengagumkan. Sebelum mendarat, saya berkesempatan mengambil gambar pusat bandar Vancouver yang jelas kelihatan.
Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment