Wednesday, 2 June 2021

Residence Inn by Marriott Calgary Airport

Setelah memandu seharian dari Winnipeg, Manitoba, akhirnya saya dan suami selamat tiba di Calgary, Alberta.
http://sharery.blogspot.com/2021/03/pemanduan-dari-winnipeg-manitoba-ke.html

Hotel yang kami pilih terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Calgary iaitu,  Residence Inn by Marriott. Setiap kali kami menginap di mana-mana cawangan Residence Inn by Marriott, ia tidak pernah menghampakan. Bagi penginapan di Calgary, kami mendapat suites dua bilik. Saya dan suami memilih untuk tidur di bilik berasingan kerana inilah masa untuk berehat sepuasnya sementelah beberapa hari berada di Calgary. Pihak hotel telah menguruskan perkhidmatan dengan mematuhi setiap arahan dan sekatan COVID-19 yang telah ditetapkan. Pusat kecergasan dan kolam renang yang berkongsi dengan tetamu dari Courtyard by Marriott ditutup buat sementara waktu.

Selain kedudukan hotel yang berdekatan dengan lapangan terbang, ia juga berdekatan dengan pusat membeli belah serta banyak kedai-kedai dan restoran. Selepas penginap kami ini, suami saya kembali menginap di hotel yang sama beberapa kali atas urusan kerja. Sebagai ahli Marriott, beliau begitu menyukai lokasi dan berpuas hati dengan layanan perkhidmatan yang diterima. 
Untuk melihat kawasan hotel dengan lebih lagi, sila tonton video di saluran You Tube saya;
https://youtu.be/wwLIBKqs5Oc































Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment