Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu
Hari ini,genap satu minggu saya merasai pengalaman
melawat beberapa kawasan yang dikatakan berhantu dan misteri di dalam bandaraya Melbourne. (
"The Haunted Melbourne Ghost Tour" )
Cuaca pada hari Sabtu yang lepas adalah sangat baik dan membuatkan kami (saya,suami dan seorang lagi rakan) pergi ke
The Haunted Bookshop yang terletak di alamat
15,Mc Killop Street,Melbourne untuk membuat bayaran
Ghost Tour.
Bayaran yang dikenakan bagi setiap orang dewasa ialah
20dollar dan perlu di tiba di kedai buku itu pada jam 8.30malam.
Untuk maklumat tambahan,
The Haunted Bookshop adalah kedai menjual buku-buku berunsur misteri,alam ghaib malah pengunjung juga boleh menilik nasib (
www.haunted.com.au),manakala
Ghost Tour di adakan setiap malam Sabtu.
The Haunted Bookshop dan
The Haunted Melbourne Ghost Tour telah diasaskan oleh
Drew Sinton, seorang bekas pengacara televisyen pada tahun 1997.Imej beliau agak sedikit pelik dan nampak seperti ahli sihir.Biarpun beliau sering di cemuh atau di persendakan dengan imej sedemikian serta
Ghost Tour yang telah beliau anjurkan,namun beliau tidak pernah berputus asa malah perniagaan beliau telah memenangi pelbagai anugerah serta menjana pendapatan industri pelancongan.Ghost Tour tersebut juga telah mendapat sokongan dari kerajaan negeri.
Daripada berpuluh gambar yang saya rakamkan,di sini saya kongsikan bersama anda hanya beberapa sahaja.Di harap anda juga terhibur atau mendapat sedikit informasi.
|
The Haunted Bookshop |
|
Tiket sebagai bukti pembayaran |
|
Muka pintu kedai buku |
|
Dekorasi dalaman kedai dihias untuk nampak lagi menyeramkan.Dari anak tangga boleh di lihat replika tengkorak. |
|
Menunggu di luar kedai sekitar jam 8.30malam |
|
Memulakan perjalanan berjalan kaki bersama Drew Sinton |
|
Misteri jelmaan bayang bayang hitam |
|
Misteri nombor 13 |
|
Jabatan Perubatan Forensik adalah salah satu bangunan lama yang berhantu |
|
Di Flagstaff Garden |
|
Dinding batu asal tempat perkuburan |
|
Bekas tapak tanah perkuburan |
Yang menarik pada dua gambar terakhir ialah kawasan ini adalah bekas tanah perkuburan terbesar pelbagai kepercayaan agama beratus tahun yang lalu.Adakah anda dapat mengagak bangunan atau tempat apa yang kami lawati ini?
Sekarang tempat ini adalah tarikan pelancong yang sangat popular iaitu
Queen Victoria Market.Pasar ini 'lahir' pada tahun 1878,oleh itu tentu anda sudah mendapat gambaran betapa lama usia asal tapak tanah perkuburan tersebut.
Dua jam perjalanan berjalan kaki yang berakhir hampir jam 11.30malam itu sedikit sebanyak memberi pengetahuan tambahan kepada pelancong serta penduduk tempatan seperti kami.
Jika anda datang melancong ke Australia khususnya ke Melbourne,jangan lupa menyertai
Ghost Tour ini.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMEL banyak hantu, PER pun banyak.
ReplyDeleteWorth every penny, dapat tengok activity malam MEL City yang jarang kita tau disiang hari
Seram pun ada but very educational.
At the same time, Di Bank Place; Memang nampak pun "sesuatu" yang diceritakan tu.
Pilotz : Insan terpilih je yg nmpk :)
ReplyDeleteishhh tak seram ke...berani awak berdua eh
ReplyDeleteeh eh mr pilot nampak ape tu? story la skit.
very adventurous la korang ni
Insan Penakut
mr pilot...mel ad perth byk hantu eh..dah pernah nampak ke?
ReplyDeleteInsan Penakut
Whoa tak takut ke you all pergi, tour guide tu pon pakai baju camtu seram seh.. macam zaman dulu2 punya outfit.
ReplyDelete~ Kakak penakot dari Cranbourne ~
Kakak Penakot : Ntah la,tak rasa apa plak.mungkin sbb ramai org kot...'ketua rombongan' sengaja nak buat mcm ala2 hantu.. :)
ReplyDelete