Di Malaysia,mesin layan diri lebih di kenali sebagai mesin menjual minuman ringan dan panas ataupun mesin membayar tiket parkir kenderaan.Tetapi adakah anda pernah melihat mesin layan diri untuk membayar pelbagai jenis barangan tanpa juruwang di kaunter?
Di Australia khususnya di setiap ibu negeri,mesin layan diri untuk membayar barangan yang kita beli terdapat banyak di pasaraya dan pusat membeli belah.
Terdapat 15 buah mesin layan diri di pasaraya Woolworths |
Gambar dirakamkan di pasaraya Woolworths beberapa minggu yang lalu.Jika pada siang hari pasaraya ini sudah pasti penuh sesak.Mujurlah saya berpeluang merakamkan gambar-gambar ketika keadaan lengang sekitar jam 11 malam.
Merujuk kepada gambar di atas,anda boleh lihat di atas mesin berkenaan terdapat lampu merah dan hijau.Lampu hijau bermaksud mesin sedia digunakan,dan sekiranya lampu merah bernyala, ia bermaksud terdapat masalah teknikal dan pekerja pasaraya akan datang untuk membantu.
Mesin layan diri yang dapat memudahkan pelanggan |
Mesin ini boleh berfungsi untuk menimbang barangan seperti sayur-sayuran,buah-buahan dan wang tunai serta kad kredit juga boleh di terima untuk pembayaran.
Saya adalah salah seorang pelanggan tetap pasaraya Woolies (penduduk tempatan menggelarkan Woolworths kepada Woolies) dan lebih gemar membayar menggunakan mesin layan diri ini.
Semoga anda terutamanya pembaca dari Malaysia mendapat sedikit infomasi dari apa yang saya kongsikan di atas.
Sekian
Wohhh...mesen mcm nie pon ada ka?
ReplyDeletedasat~ kalo kat msia camne la pak aji guna mesen nih? heheee
Acab : Yie,kalau pak aji mesti kluor lampu merah je,error..hehehhe..
ReplyDeleteMesin ni la yg membuatkan acu lupa ambik belen $30..huhuhu.Tak pernah2 terjadi lupa ambik belen$.
Kat sini yang penah nampak cuma Big W je. Kmart pon dah ada I think, yang 24 hours tu. Penah guna skali, tapi rasa lambat pulak. So I prefer check out chick yang tolong. But may be soon kena gak buat sendiri.So far I am not that fussy, as long they are not rude ok la. I tak suka cashier yang rude.
ReplyDelete~KC~
KC : If barang byk mmg leceh pakai self svc counter ni.I selalu tak beli brg byk pun.tu psl suka layan diri :)
ReplyDeleteBercakap pasal pekerja yg rude,yang i realised ialah cashier di target bourke st.keja cincai2+rude dan kwsn yg sama waktu dgnnya.tak semua,tapi dah byk kali nampak..
woah...woahh.. hbatnya!!..
ReplyDeletekalau kt mesia esp Giant seharusnya dan wajib lenguh kaki dlu bru dpt beratur bayar.. (-_-"
Kedai minyak pun dah ade self service, even at the airport Qantas dah buat Next Generation check in. Sendiri check in, tag bags & board the aircraft semua menggunakan handphone je :)
ReplyDeleteActually bagus if self service ni, certain days kita malas nak berbual, takde mood or penat so duk diam buat kerje best.
At times nak jugak human touch especially if asyik error je hehehe
Miss Eyntan : kat jayen tu mmg..kaunter utk bakul je pun kena berbaris panjang.
ReplyDeletePilotz : True,.Mc Donalds pun dah ada self svc counter kat Melbourne ni :D
ah ah ahh easy ada mesin mcm gini but kdg error kena panggil 'Manusia' jugak tlg....hihhiihih
ReplyDeleteRobot bergerak