Monday, 28 February 2011

Sudah 19 Tahun

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Harmoni

Hari ini bertarikh 28hb Februari,genaplah 19 tahun pemergian
Allahyarham Nor Azuan Noordin,anak ke lima dari kami sepuluh beradik.
Allahyarham lahir pada tahun 1969 dan meninggal dunia satu minggu selepas pemergian Allahyarham Sudirman Haji Arshad pada bulan Februari 1992 ketika usianya 23 tahun.


Ini adalah gambar keluarga sekitar tahun 1979-1981,ibu,bapa dan sembilan adik beradik(ketika ini saya belum dilahirkan).

Allahyarham abang berdiri paling kanan

Allahyarham pada ketika dahulu adalah seorang yang pendiam dan sangat aktif bermain bola sepak.Ingat lagi semasa kecil saya sering di beri upah dari Allahyarham supaya pergi ke kedai membeli rokok untuknya.Pada ketika dulu tidak ada undang-undang kanak-kanak tidak boleh membeli rokok di kedai.

28hb Februari 1992 bersamaan hari Jumaat,saya melihat Allahyarham menggosok baju pada sebelah tengah hari.Itu adalah pertemuan terakhir sebelum Allahyarham terlibat dalam kemalangan jalanraya dan meninggal dunia pada lewat petang hari yang sama.


Semoga rohnya tenang dan di cucuri rahmat.

                                                      AL FATIHAH..

5 comments:

  1. Al-Fateha semoga rohnya dicucuri rahmat....Amin.


    Kak Moo

    ReplyDelete
  2. didoakan moga Allah melapang luas kan kubur arwah, moga diampunkan segala dosa kepada mak-apak-adik beradik, diselamatkan dari siksa kubur, semoga allah kasihan kan arwah dan semoga kita yang hidup ni sentiasa berdoa moga2 dapat bertemu arwah nanti. alamaaaakkk emosi la pulak:((

    eh kebetulan pulak, arwah ayahngah meninggal 1/2 1998/2nd syawal, arwah abang 4/3 1997/24 syawal. semua date mcm dekat2 kan?

    those were the men in our lives kan acu?

    ReplyDelete
  3. Kak Moo ,Pilot,miss eyntan : Terima kasih

    sazsaz : amin..terima kasih atas ingatan.yup,semuanya dlm keluarga kita juga..

    ReplyDelete