Jika sebut Chicago,pasti ramai yang tahu akan bandar ketiga terbesar di Amerika Syarikat ini. Tetapi tahukah anda di dalam negeri mana letaknya Chicago?
Chicago terletak di negeri Illinois yang kapasiti penduduknya seramai 2.7 juta orang, tetapi ia bukanlah ibu negeri bagi negeri tersebut.
Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah tentang ibu negeri bagi negeri Illinois iaitu Springfield.
Jarak Springfield dengan Chicago ialah 202 batu dan jika memandu ia mengambil masa lebih kurang 3 jam dan 33 minit.
Ibu negeri negeri ini sangat kecil dengan populasi penduduk hanya 116,250 orang sahaja (di kira sehingga tahun 2010).
Pada tahun lalu, Springfield dicatat sebagai bandar nombor tiga paling bahaya di Amerika Syarikat.
Memasuki bandaraya Springfield. |
Gambar atas : Pemanduan kami menghala ke "Capitol Complex / Visitors Center" Gambar bawah : Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri. |
Pintu masuk utama. |
Sekitar perkarangan Illinois State Capitol. |
Bangunan Mahkamah di Springfield, Illinois. |
Gambar atas : Bendera negara dan negeri Illinois berkibar serentak. Gambar tengah : Jalan di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan. Gambar bawah : "Welcome To Historic Business District". |
Walaupun ibu negeri, tetapi bandaraya ini tidaklah sesak dan sibuk seperti Chicago. |
Walaupun bangunan ini sudah berusia ratusan tahun, tetapi ia tetap utuh dan dijaga dengan baik. |
Di kawasan sekitar terutamanya di dalam pusat bandaraya, kerajaan negeri lebih memfokuskan tentang kisah Abraham Lincoln. |
Gambar atas kiri : The Lincoln Boys in 1854. Gambar atas kiri : Streetscape 1859. Gambar bawah kiri : The Bath & Barber Shop. Gambar bawah kanan : The American House. |
Gambar atas kiri : Lincoln - Era Fire Companies. Gambar atas kanan : Lincoln's Dentist. Gambar bawah kiri : The Bath & Barber Shop. Gambar bawah kanan : Curran's Jewelry Shop. |
Bandaraya Springfield - Ibu negeri Illinois. |
Beberapa jam berada di Springfield tidak cukup untuk kami apatah lagi tidak sempat melawat beberapa lagi tempat sejarah yang ada kena mengena dengan Abraham Lincoln terutamanya rumah dan monumen/makam beliau yang terletak berdekatan dengan pusat bandar. Jika ada rezeki, InsyaAllah kami akan datang ke sini lagi dan ingin menjejaki "Looking For Lincoln" di daerah lain pula.
Pernah tengok kartun Simpsons? Ni lah bandar nye :)
ReplyDelete