Diam tak diam bulan ini,usia Terjemahan Hati sudah naik ke angka 3 tahun!
Niat asal saya mendaftar di blogspot dan mewujudkan Terjemahan Hati adalah untuk berkongsi cerita serba sedikit tentang kehidupan saya selepas berumahtangga dan berhijrah ke luar negara sejak tahun 2009.Pembaca yang saya fokuskan tentunya keluarga serta sahabat terdekat dan saya mengarang mengikut kelapangan dan kerajinan.
Oleh kerana minat saya yang mendalam dalam bidang penulisan, fotografi dan kerap melancong serta mengembara, maka lama kelamaan blog saya sudah menambah bilangan pembaca sekaligus saya memberikan komitmen 100% terhadapnya.
Jika dilihat disebelah kanan , follower saya memang tidak ramai.Tetapi tidak mengapa kerana saya lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti.Yang penting, saya menulis,berkongsi cerita dan gambar dengan niat yang ikhlas.Saya tahu saya mempunyai ramai pembaca yang tidak berdaftar dan mereka berada di serata pelusuk dunia termasuklah di Australia,Amerika Syarikat,Rusia,Arab Saudi,Emiriah Arab Bersatu,Malaysia,Singapura dan lain lain.
Antara impak besar yang saya terima sepanjang lahirnya Terjemahan Hati ialah;
1) Ketika saya bercerita mengenai cerita sedih/luahan hati ada pembaca mendapat kesannya.Mereka juga turut merasa sedih dan sebak
2) Seorang sahabat saya yang juga penulis novel dan wartawan telah menawarkan diri memberikan kelas bimbingan penulisan tetapi sehingga ke hari ini saya belum dapat menghadiri kelas tersebut
3) Seorang lagi sahabat saya yang juga penulis novel yang berasal dari Singapura turut menggalakkan saya meneruskan kerjaya dalam penulisan dengan lebih serius
4 ) Dua orang sahabat saya pernah berkata,dengan melihat gambar-gambar saya, mereka seakan-akan "mengikut'" sama pergi melancong dan mengembara dengan saya
5) Blog Terjemahan Hati juga telah menjadi panduan seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Indiana University-Purdue University Indianapolis untuk mengembara (road trip) merentas ke beberapa buah negeri di dalam Amerika Syarikat
6 ) Seorang lagi follower Terjemahan Hati iaitu seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur yang juga rakan anak saudara saya telah menghadiahkan saya beberapa helai tudung.Saya hanya berjumpa dengan beliau hanya sekali itupun semasa melawat anak saudara di universiti beberapa bulan lalu
7 ) Penyanyi yang popular dengan lagu Terukir Di Bintang,iaitu Yuna juga telah singgah dan memuji blog Terjemahan Hati! :-)
Azam tahun baru saya ialah semoga dapat terus berkongsi cerita di dalam Terjemahan Hati.Doakan saya dan suami dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kerana dengan kesihatan yang baik,ia bakal membawa kami menjelajah ke tempat-tempat lain sekaligus pengalaman baru dapat saya kongsikan di sini dan kita sama-sama mendapat sedikit ilmu pengetahuan yang barangkali kita tidak pernah ketahui selama ini.
Kepada semua pembaca sekalian,sekali lagi saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama Terjemahan Hati dan ada antara mereka yang setia bersama sejak dari tahun 2010.
Selamat Tahun Baru 2013! :-)
Salaam:)) apa khabar acu dan azly? 2-3 kali anto text tapi tak dpt le kot? kak long dah kerja@KLCC after SPM. today muhamad masuk form 3. cepat je kan kak long dah kerja? rasa baru je dia masuk tadika, now dah nak dpt gaji..
ReplyDeletekirim salam pada azly. jaga diri ye::))
Sazsaz : Selamat Tahun Baru utk Cik Yan Sekeluarga.Woahhhh Diba dah habis sekolah!!Kejap nye masa berlalu,ingat lagi zaman dia partner in crime dgn Yie kat rumah 8A Gunung Rapat.hehehhe..InsyaAllah salam akan disampaikan :)
ReplyDeleteheheh amin bagi cincin kat kak long tak ingat keee... and yie panggei arwah tok ngah "muka mcm jebon" hahahha....
ReplyDeletesazsaz : Jebon!? Yg tu sy tak tahu pulak.hahah..lawak lawak :)
ReplyDeleteHope hadiah tu dpt mbantu acu. Insyaallah menyokong perkara yg baik dpt keberkatan hidup..
ReplyDeleteNurool : Terima kasih sekali lagi :)
ReplyDelete