Satu lagi tempat tarikan pelancong yang boleh dikunjungi di Las Vegas Strip ialah Coca-Cola Store. Ia terletak bersebelahan dengan M&M'S World Store dan barang-barang yang dijual ialah seperti pakaian, kelengkapan rumah dan dapur seperti pinggan mangkuk, aksesori wanita serta peralatan tulis. Selain dari itu, pengunjung boleh ke bar minuman di tingkat atas untuk mencuba Coca-Cola perisa dari 16 buah negara (bayaran dikenakan) malah berpeluang bergambar dengan beruang kutub Coca-Cola.
Saya tidak pasti sama ada harga barangan yang dijual pada hari ini masih sama semasa kunjungan terakhir saya pada tahun 2015. Walau bagaimanapun saya berharap gambar-gambar di bawah dapat memberi anda anggaran kasar. Cenderamata yang dibeli oleh suami ialah baju-t Coca-Cola di dalam bahasa Hebrew dengan harga yang berpatutan.
Coca-Cola Store Las Vegas dibuka setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 11:00 malam. Untuk maklumat lanjut sila lawat ke laman Facebook https://www.facebook.com/CocaColaUnitedStates
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
No comments:
Post a Comment