Thursday, 4 May 2017

Fremont Street Experience, Las Vegas - Bahagian 1

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Fremont Street ialah sebatang jalan raya di Las Vegas, Nevada yang juga kedua terkenal selepas Las Vegas Strip tetapi zaman kegemilangan dan usianya lebih jauh berbanding Las Vegas Strip. Selain kasino, keistimewaan Fremont Street ialah dengan adanya limpahan cahaya dari lampu neon yang berwarna warni. Maka tidak hairanlah pada satu ketika dahulu, Fremont Street mendapat tempat dan perhatian untuk pengambaran iklan televisyen, majalah, poster pelancongan, drama dan filem terkenal Hollywood. Hotel pertama di Las Vegas dibina di sini pada tahun 1906.

Kini, Fremont Street lebih terkenal dengan nama Fremont Street Experience (FSE). FSE bukan sahaja menarik kedatangan pengunjung kerana kasino-kasinonya tetapi juga di sini terdapat pelbagai aktiviti luaran yang boleh dilakukan secara percuma dan berbayar, restoran, kafe dan tempat membeli belah.

Sebanyak 21 keping gambar dikongsikan di dalam artikel bahagian pertama. Kepada para pembaca yang belum pernah menjejakkan kaki ke Las Vegas, saya berharap anda dapat melihat gambar-gambar ini dengan fikiran terbuka. Saya tidak mahu berselindung kerana menjelajah ke tempat orang semuanya saya anggap sebagai pengalaman yang tidak mungkin dapat di tempat lain justeru, apa yang saya nampak, itulah yang saya rakamkan gambarnya.
Jarak antara Fremont Street dan Las Vegas Strip dianggarkan lebih kurang 7 kilometer (dikira dari Caesars Palace). Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman FSE di;
http://vegasexperience.com/

Artikel ini bersambung ke bahagian dua yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment