Pada bulan Oktober lalu semasa hendak ke Seattle, kami membuat sedikit lencongan di mana pemanduan dari Bellingham ke Burlington menggunakan jalan dalam iaitu Chuckanut Drive (WA State Highway 11) yang jaraknya lebih kurang 32 kilometer. Chuckanut Drive disenaraikan antara laluan perjalanan yang indah di negeri Washington.
Pemandangan di sepanjang perjalanan pada musim luruh begitu indah sekali kerana dapat melihat Teluk Bellingham, pokok-pokok yang berlainan warna serta ditambah pula dengan cuaca yang baik dan terang benderang. Keadaan persekitaran juga sunyi dan mendamaikan.
Ingin juga saya nyatakan di sini bahawa Chuckanut Drive tidak sesuai untuk dilalui oleh pelancong pada waktu malam atau sekiranya terjadinya cuaca buruk seperti berkabus dan hujan lebat yang boleh menyebabkan tanah runtuh. Jalan raya di sini juga agak sempit dan bengkang bengkok. Hanya penduduk tempatan sahaja yang begitu fasih dengan jalan raya di tempat mereka.
Gambar-gambar dibawah dirakamkan bermula dari Bellingham dan berakhir di Burlington termasuk semasa kami singgah sebentar di bandar bersejarah Fairhaven.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment