Thursday, 7 February 2019

Pemanduan Musim Luruh Dari Bellingham Ke Burlington

Kebiasaannya apabila saya dan suami hendak ke Amerika Syarikat dengan menaiki kereta, kami akan mengunakan lebuh raya I-5 yang bermula dari Blaine, Washington seterusnya melalui Seattle dan dari situ baharu kami akan menyambung pemanduan ke lebuh raya yang berlainan.
Pada bulan Oktober lalu semasa hendak ke Seattle, kami membuat sedikit lencongan di mana pemanduan dari Bellingham ke Burlington menggunakan jalan dalam iaitu Chuckanut Drive (WA State Highway 11) yang jaraknya lebih kurang 32 kilometer. Chuckanut Drive disenaraikan antara laluan perjalanan yang indah di negeri Washington.

Pemandangan di sepanjang perjalanan pada musim luruh begitu indah sekali kerana dapat melihat Teluk Bellingham, pokok-pokok yang berlainan warna serta ditambah pula dengan cuaca yang baik dan terang benderang. Keadaan persekitaran juga sunyi dan mendamaikan.

Ingin juga saya nyatakan di sini bahawa Chuckanut Drive tidak sesuai untuk dilalui oleh pelancong pada waktu malam atau sekiranya terjadinya cuaca buruk seperti berkabus dan hujan lebat yang boleh menyebabkan tanah runtuh. Jalan raya di sini juga agak sempit dan bengkang bengkok. Hanya penduduk tempatan sahaja yang begitu fasih dengan jalan raya di tempat mereka.

Gambar-gambar dibawah dirakamkan  bermula dari Bellingham dan berakhir di Burlington termasuk semasa kami singgah sebentar di bandar bersejarah Fairhaven.
Kualiti video ini agak kurang memuaskan kerana saya perlu memuat naik saiz video yang sangat kecil. Untuk menonton video dengan kualiti baik, sila ke saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/WoMVad7o-xA

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment