Tuesday 15 November 2011

Kembali Semula

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana sudah lebih dari satu bulan saya tidak bersama anda di dalam Terjemahan Hati.Ini kerana jadual aktiviti harian saya bermula dari bulan Oktober sehingga semalam sangat padat.Sementelah Terjemahan Hati sunyi sepi tanpa sebarang cerita,maka beberapa orang sahabat saya telah mencari dan sudi bertanya khabar melalui e-mel serta telefon.Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang bertanya khabar sehingga membuatkan saya begitu terharu.
Oleh kerana anda,maka saya mempercepatkan masa untuk kembali di sini. :-)

Pada awal bulan Oktober lalu sehingga semalam,saya menerima ramai tetamu dari Malaysia.Mereka yang dimaksudkan ialah kakak dan abang angkat serta rakan taulan saya yang bekerja dengan Penerbangan Malaysia (MAS).Walaupun kedatangan mereka singkat kerana masih di dalam waktu bertugas,namun saya tetap menggunakannya masa itu sebaik mungkin dengan membawa mereka bersiar-siar.

5/10/2011
Saya berpeluang membawa Iskandar Shah Aerill membeli belah dan membawa beliau berjalan-jalan sehingga beliau merasakan kedua belah kaki dan lutut hampir 'tercabut'. :-)
Saya menerima hadiah dari Iskandar Shah Aerill dan Devrin (rakan dari Kuala Lumpur) iaitu cakera padat album terbaru Anuar Zain dan juga mask , topeng kecantikan berkolagen.


8/10/2011
Tetamu kedua ialah Myzri atau nama ringkasnya Mae.
Kedatangan Mae yang kebetulannya malam hujung minggu telah membuatkan kami berdua 'panjang langkah'.Oleh kerana urusniaga di kebanyakan restoran dan kafe pada hari tersebut dibuka sehingga lewat malam,maka kami banyak menghabiskan waktu dengan 'aktiviti makan' sambil berbual-bual.:-)
Mae telah membawa kamera polaroid lalu memberikan dua keping gambar untuk saya.:-)

11/10/2011
Pada minggu kedua bulan Oktober saya menerima kunjungan dari tetamu ketiga iaitu Ismarina Ismail.

Pertemuan terakhir antara saya dan Ismarina ialah pada bulan May yang lalu.
Gambar di atas ialah sesi bertukar hadiah antara kami berdua.Saya telah memberikan hadiah hari jadi kepada Ismarina dan beliau pula memberikan saya buah tangan dan cenderahati dari beberapa buah negara yang beliau lawati.Antara barang-barangnya ialah;
baju tidur,sarung kaki dari Primark dan fridge magnet kesemuanya dari London,bulu mata palsu dari Taiwan,set keselesaan dari kelas perniagaan MAS dan yang terakhir ialah roti Gardenia buatan Malaysia kegemaran saya. :-)

22/10/2011
Tetamu ke empat saya ialah Fandi.Nasib tidak begitu baik untuk Fandi apabila kedatangan beliau ke Melbourne buat pertama kali serta kedua ditemani dengan cuaca yang agak mendung dan hujan beberapa ketika.Walau bagaimanapun bergambar di sekitar bandar raya Melbourne tetap menjadi keutamaan.


30,31/10 - 1/11/11
Penantian itu satu penyiksaan.Kali terkahir saya berjumpa dengan kakak angkat saya ialah semasa hari perkahwinan saya pada September 2009.Setelah berpisah selama dua tahun dua bulan,akhirnya saya berjumpa semula dengan Kak Leza di Melbourne.
Di Brighton Beach
Kak Leza mengambil kesempatan datang ke Melbourne bersama suami beliau iaitu abang angkat saya yang betugas sebagai juruterbang.
Pertemuan semula ini begitu bermakna bagi saya kerana dapat bergambar bersama-sama suami,Kak Leza dan Abang Radzuan.

11,12/11/2011
Minggu berikutnya abang angkat saya terbang sekali lagi ke Melbourne tetapi kali ini tidak ditemani kakak angkat.
Kapten Radzuan bersama pembantu juruterbang,Amir Faridz

14/11/2011
Tetamu terakhir sehingga semalam ialah Azmi dan Elizabeth.Pertemuan ini ibarat seperti jejak kasih kerana kami tidak berjumpa lebih dari dua setengah tahun. :-)
Di Hosier Lane
Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kesemua tetamu istimewa dan pemberian hadiah untuk saya dan suami.
Semoga anda semua berpuas hati, bergembira dan mendapat serba sedikit maklumat semasa berada di Melbourne.Andai ada salah dan silap ketika berbicara atau bergurau senda harap dimaafkan.InsyaAllah jika panjang umur kita berjumpa di lain waktu. :-)

8 comments:

  1. :) finally, nisah dapat jugak membaca entry akak. huh memang sangat sibuk. mesti penat kan? tapi yg penting puas hati & njoy..

    ReplyDelete
  2. Nisah :Iye,memang penat sampai nak demam.Tapi betul kata nisah,akak puas hatu dan gembira.Nantikan cerita yg lain pulak :)

    ReplyDelete
  3. Thanks for updating, mesti seronok yang amat sangat kengkawan datang ziarah. :)

    ~KC~

    ReplyDelete
  4. KC : Alhamdulilah,seronok sangat,dengan kedatangan mereka membuatkan masa untuk tahun ini berjalan begitu cepat sekali :)

    ReplyDelete
  5. Busy busy but best ramai visitors datang =)

    ReplyDelete
  6. Pilotz : seronok bila tengok mereka pun gembira apabila di MEL :)

    ReplyDelete