Friday 10 March 2017

Granville Island, Vancouver (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pengenalan dan cerita penuh mengenai Granville Island boleh dibaca dari bahagian 1 di alamat ini;
http://sharery.blogspot.com.au/2017/03/granville-island-vancouver-bahagian-1.html?m=1


Walaupun nampak panas terik tetapi suhu begitu rendah sekali.


Pasar awam yang terkenal di Granville Island.


Papan tanda menceritakan tentang pulau ini.


Saya berdiri bertentangan dengan banyak apartmen yang terletak di pusat bandar.


Berdiri membelakangkan pusat bandar dan jambatan Granville.


Dewan teater.


Kedai menjual coklat.


Galeri Seni.


Keunikan bangunan ini ialah ia dibina di bawah jambatan Granville.


Mural hasil seni dari dua beradik kembar dari Brazil.






Gedung membeli belah untuk kanak-kanak


Jambatan inilah yang menghubungkan pusat bandar Vancouver dengan Granville Island.


Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini bahawa Kanada mempunyai dua bahasa rasmi iaitu Bahasa Inggeris dan Perancis. Tanda berhenti ini turut diletakkan di dalam dua bahasa tersebut.


Nama taman rekreasi ini  diambil sempena dengan nama bekas menteri kabinet Kanada iaitu Stanley Ronald Basford. Beliau bertanggungjawab dalam merubah Granville Island daripada kawasan perindustrian kepada pembangunan moden.


Kren kuning peninggalan dari kawasan perindustrian di Granville Island pada satu masa dahulu.

Video selama 1 minit 16 saat ini dirakamkan semasa pemanduan dari pusat bandar Vancouver menuju ke Granville Island. Anda dapat melihat pejalan kaki dan penunggang basikal yang turut menggunakan jambatan yang sama untuk ke Granville Island atau kawasan yang berdekatan dengannya.



Kepada mereka yang berminat untuk datang ke Granville Island, masa yang dianggarkan untuk melawat sekitar pulau ialah sekitar 4 atau 5 jam. Untuk maklumat lanjut mengenai Granville Island, anda boleh lawati lamannya di www.granvilleisland.com

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment