Wednesday 7 March 2018

Kereta Api UP Express Di Toronto, Kanada

Union Pearson Express (UP Express) ialah perkhidmatan kereta api yang memulakan operasi pada tahun 2015 menghubungkan laluan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson Toronto dan pusat bandar Toronto (Union Station).

Perjalanan satu hala mengambil masa selama 25 minit dan ia berlepas setiap 15 minit, 7 hari seminggu. Waktu berlepas setiap hari di empat buah stesyen ialah seawal jam 5 pagi dan berakhir sekitar jam 1 pagi.

Tiket boleh dibeli di stesyen sama ada di kaunter khidmat pelanggan, mesin layan diri atau melalui laman sesawang UP Express. Harga berbeza mengikut beberapa kategori dan peringkat umur.

Up Express menjanjikan kemudahan dan keselesaan di sepanjang perjalanan. Antaranya ialah ruang penyimpanan bagasi yang diletakkan di tepi pintu masuk, penyangkut baju di dinding paling hadapan setiap kabin (boleh dilihat di dalam video), pengecas alat elektronik dan internet tanpa wayar secara percuma. Majalah UP Express diletakkan di hadapan setiap tempat duduk. Penumpang digalakkan untuk membawa pulang majalah ini yang penuh dengan maklumat mengenai perkhidmatan dan pelancongan tempatan.

Dua video di bawah ini dirakamkan pada waktu yang berlainan. Anda dapat melihat sendiri keadaan persekitaran stesyen dan di dalam kabin yang bersih dan selesa.

Waktu Siang Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson Toronto Ke Union Station.

Waktu Malam Dari Union Station Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson Toronto.

Untuk keterangan lanjut mengenai UP Express, sila layari lamannya di sini;
https://www.upexpress.com
Video di atas juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
Perjalanan waktu siang https://youtu.be/2Z8_5dtpPTE
Perjalanan waktu malam https://youtu.be/XP-KSXfDvL4

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN


No comments:

Post a Comment