Wednesday 15 August 2018

Tronoh, Perak, Malaysia

Hajat yang ingin saya tunaikan sebelum pulang ke Kanada ialah untuk menziarahi pusara kakak ipar kesayangan di Tronoh, Perak. Pemergian kakak ipar pada 1 Ogos 2017 merupakan satu kehilangan besar bagi kami sekeluarga terutama sekali kepada diri saya sendiri kerana ini merupakan pertama kali saya kehilangan seorang ahli keluarga terdekat sejak saya berhijrah ke luar negara 9 tahun lalu. Saya menerima perkhabaran sedih seawal waktu Subuh di Vancouver. Kali terakhir saya dapat berjumpa dan berbual-bual dengan arwah kakak ipar ialah pada Februari 2017. Kedatangan saya ke Tronoh ditemani oleh anak saudara dan beliau juga mengambil kesempatan menziarahi kubur ibunya.

Saya tidak ingat bila kali terakhir saya datang ke Tronoh, kemungkinan berbelas-belas tahun yang lalu. Walaupun tujuan asal hanya mahu menziarahi pusara, tetapi saya tidak boleh melepaskan peluang menikmati keindahan kampung di Perak. Kedai-kedai lama, rumah dan bangunan terbiar saya lihat seperti satu seni yang perlu dihargai. Masa yang ada agak terhad tetapi saya tetap rakamkan gambar dengan tujuan untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian.


Semasa di dalam perjalanan pulang ke Ipoh, kami berhenti sebentar di sebuah tempat tarikan pelancong di Jalan Tanjung Tualang. Artikel mengenai warisan kapal korek Tanjung Tualang 5 (TT5) akan disiarkan selepas ini.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN


No comments:

Post a Comment