Wednesday 8 January 2020

Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan

Artikel ini berkait dengan artikel sebelumnya ; http://sharery.blogspot.com/2019/12/penerbangan-dari-vancouver-ke-taipei.html

Pada bulan April yang lalu, saya telah menaiki pesawat China Airlines dari Vancouver, Kanada menuju ke Taipei, Taiwan untuk membuat persinggahan (transit) dan seterusnya ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Kali terakhir saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan ialah pada 10 tahun lalu semasa saya masih bertugas sebagai pramugari. Apabila di dalam waktu bertugas anak-anak kapal tidak mempunyai banyak peluang berjalan-jalan di bangunan terminal kerana biasanya kami akan terus masuk ke dalam pesawat untuk memulakan tugasan. Justeru itu, saya mengambil peluang dalam waktu persinggahan selama lebih kurang 3 jam 30 minit ini untuk meninjau pelbagai kemudahan di lapangan terbang yang disediakan kepada para penumpang penerbangan.

Di dalam video yang saya muat naik di saluran You Tube Shery NN, saya telah rakamkan persekitaran di dalam dua buah bangunan terminal termasuk bilik sembahyang dan perpustakaan. Alamat untuk tontonan video adalah seperti di bawah ini ; 










l




k






























Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN


No comments:

Post a Comment