Friday 16 October 2020

Pemanduan Dari Calgary Ke Edmonton

Setelah berada tiga hari di Calgary, pemanduan diteruskan lagi ke utara iaitu ke Edmonton yang juga ibu negeri (province) bagi Alberta. Jarak pemanduan dari Calgary ke Edmonton ialah 299 kilometer, tetapi jarak antara Calgary dan hotel penginapan saya ialah 307 kilometer. Di sepanjang perjalanan, saya dan suami singgah sebentar di Gasoline Alley dan pusat bandar Red Deer. Red Deer ialah sebuah bandar yang terletak di pertengahan antara Calgary dan Edmonton manakala Gasoline Alley terletak 6.7 kilometer dari pusat bandar Red Deer. Gasoline Alley menjadi tumpuan persinggahan pengembara yang menggunakan lebuh raya ini kerana di dalam satu baris terletaknya banyak stesen minyak dan hotel. Video yang dirakamkan boleh ditonton melalui saluran 
You Tube Shery NN; https://youtu.be/HqIimPXM5_0














Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN 

No comments:

Post a Comment