Tuesday 8 June 2021

Musim Panas Di Calgary, Alberta, Kanada

Di dalam artikel kali ini saya ingin membawa anda melihat pemandangan di pusat bandar Calgary. Gambar-gambar di bawah dirakamkan pada bulan Julai 2020. Walaupun pada hari bekerja, pusat bandar Calgary nampak lenggang dan begitu sunyi. Keadaan persekitaran seperti ini berbeza sebelum pandemik COVID-19. Agak menyedihkan apabila Calgary merupakan bandar di Kanada yang paling terkesan dengan pandemik kerana banyak syarikat-syarikat antarabangsa menarik diri dari berpengkalan di bandar ini sekaligus begitu ramai yang hilang pekerjaan.

Sementelah sudah berada di Calgary, saya dan suami mengambil kesempatan bersiar-siar di pusat bandar dan agak senang juga untuk mengambil banyak gambar kerana tiada gangguan kesesakan orang ramai. Tempat menarik yang mesti dilawati apabila berada di Calgary ialah The Peace Bridge. Jambatan berwarna merah ini mempunyai reka bentuk yang unik. Kawasan persekitaran di situ mendamaikan dan sesuai untuk beriadah. Saya melihat ramai pekerja pejabat yang datang ke sini untuk makan tengah hari di tepi sungai. Saya menyukai mana-mana pusat bandar yang ada taman untuk beriadah.





























Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN


No comments:

Post a Comment