25 September 2010

Selamat Ulangtahun Perkahwinan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Syukur dapat bertemu kembali Terjemahan Hati,dan maaf kerana agak lama juga saya tidak menulis.

Hari ini,tanggal 25September genaplah satu tahun usia perkahwinan saya dan suami tercinta.
 Ketika majlis pernikahan 25 September 2009
Upacara membatalkan air sembahyang.


     Saya panjatkan doa semoga rumahtangga kami kekal bahagia hingga ke khir hayat,Amin :-)

09 September 2010

Salam Perantauan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Aidilfitri

Syukur Alhamdulilah dapat kita berjumpa di Terjemahan Hati pada hari kemenangan bagi umat Islam, iaitu 1Syawal.
Semoga anda semua bergembira bersama keluarga dan insan tersayang.

                                                       Ucapan Salam Perantauan melalui Utusan Online

Saya dan suami sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh ahli keluarga,sanak saudara dan sahabat handai di mana jua anda berada.

 Jumpa kita di lain masa InsyaAllah :-)

08 September 2010

30 Ramadhan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Ramadhan

Bersyukur kita dapat bertemu lagi di Terjemahan Hati pada hari ini iaitu pada 30Ramadhan

Bagaimana pula dengan persiapan anda bagi menyambut Syawal yang bakal tiba pada esok hari?
Saya dapat membayangkan ketika ini,umat Islam sedang sibuk dengan persiapan hari raya.Tentu sekali mereka dalam suasana(mood)gembira dalam membuat persiapan dari segi menghias rumah,membuat kuih raya,membeli belah pada saat saat akhir dan sebagainya.

Adakah anda pernah terfikir bagaimana pula situasi atau perasaan mereka yang mengalami kesedihan ketika menjelangnya Syawal?
Saya pasti anda pernah membaca di dada akhbar mahupun di radio bagaimana sesetengah orang yang sedih kerana menyambut hari raya dalam kesempitan hidup,beraya tanpa tangan atau kaki akibat bermain  mercun,beraya di perantauan tanpa keluarga di sisi ataupun beraya tanpa orang tersayang yang telah pergi untuk selama lamanya.Mungkin kita akan berasa simpati akan nasib yang mereka hadapi.

     Bagi saya pula,bukan sahaja simpati yang saya rasakan,malah saya juga pernah dan sedang mengalami nasib sama seperti mereka yang saya ceritakan di atas tadi.
Hari raya  tahun ini begitu berbeza kerana buat pertama kalinya saya tidak dapat bersama keluarga di Ipoh kerana saya beraya di Australia bersama suami.

     Saya juga telah kehilangan bapa tersayang yang meninggal dunia pada pagi 30Ramadhan dua tahun yang lepas.Keterujaan dan kegembiraan saya dan keluarga untuk menyambut hari raya pada tahun itu telah di tarik sehari sebelumnya.
Pemergian arwah juga adalah satu ujian yang paling besar dari Allah,kerana di situ lah kami sekeluarga sebagai hambaNya perlu menerima dengan redha dan tenang.

Di Terjemahan Hati kali ini,saya ingin menceritakan bagaimana sedikit ralatnya saya kerana tidak membuat perkara lazim sebelum arwah meninggal dunia.
Setiap kali saya hendak pulang ke Kuala Lumpur(bekerja)dan pulang bercuti ke Ipoh,sudah menjadi kemestian untuk saya bersalaman,mencium tangan dan memeluk ibu dan bapa.
Pada 29Ramadhan dua tahun yang lepas, apabila saya pulang ke Ipoh dari Kuala Lumpur,saya sekadar bersalaman dan mencium tangan arwah.Jadi selepas arwah meninggal dunia,baru saya sedar,menyesal dan ralat kerana tidak berpeluang memeluk arwah buat kali terakhir ketika arwah masih hidup(sehari sebelum arwah meninggal).
Saya sendiri tidak tahu mengapa saya tidak memeluk arwah seperti kebiasaannya :-(

     Kepada  mereka yang telah kehilangan bapa atau ibu,mereka akan bersependapat dengan saya,
apabila saya sudah ketiadaan bapa,barulah saya sedar yang kita sebagai anak masih belum puas dan cukup untuk membalas budi dan jasa baik arwah.Wang ringgit bukan cara mudah untuk membalas jasa mereka.Kadang kala mereka hanya mahukan masa diluangkan bersama mereka.
Saya akui juga,sepanjang hayat arwah masih ada,perbualan saya dan arwah bapa sedikit terbatas kerana arwah mengalami sedikit masalah kurang pendengaran.Walau bagaimanapun saya sentiasa memberi lihat gambar gambar yang saya ambil ketika saya bekerja sambil melancong ke luar negara,dan setiap bulan pasti saya berikan salinan jadual kerja saya kepada arwah supaya arwah tahu negeri atau negara mana saya perlu bertugas.
Boleh juga saya katakan,saya telah membuatkan arwah gembira apabila impian arwah untuk melihat saya menjadi pramugari MAS akhirnya tercapai.Semasa saya bekerja bersama MAS,saya juga akan memastikan saya akan pulang ke Ipoh sekerap yang mungkin untuk melawat ibu dan arwah bapa.Kebiasaannya saya akan pulang lebih kurang 1-3kali sebulan.Malah sepanjang 5tahun saya bekerja,saya berpeluang berhari raya bersama keluarga selama 5tahun berturut turut.
Tidak mungkin saya lupakan setiap kali saya pulang,wajah pertama yang saya lihat di muka pintu adalah arwah bapa dan sudah menjadi 'tugas' arwah membukakan pintu pagar dan membawa masuk beg saya ke dalam rumah.


     Di kesempatan ini,saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada suami saya Nur Azly,kerana ketika arwah bapa saya meninggal dunia(kami masih bertunang),beliau telah mengorbankan masa  (sepatutnya beliau menyambut hari raya bersama keluarga di Singapura)dan terbang dari Singapura ke Kuala Lumpur seterusnya menaiki teksi ke Ipoh semata mata untuk menemani saya dan keluarga selama empat hari(30Ramadhan-4Syawal)
Pada 30 Ramadhan itu,beliau menghabiskan masa separuh hari masa perjalanan dari siang hinggalah tiba di Ipoh selepas Maghrib dan tahlil malam pertama.

      Kini yang tinggal hanyalah kenangan.Hanya doa,dan bacaan Yassin yang mampu saya sedekahkan untuk arwah bapa yang telah pergi jauh.Saya cukup bertuah kerana saya sering mimpikan arwah ,jadi di kesempatan mimpi itu dapatlah saya melepaskan rindu terhadap arwah.

 Aidilfitri(Oktober 2007) terakhir disambut bersama arwah bapa

 Aidiladha(Disember 2007) terakhir disambut bersama arwah bapa


Gambar keluarga terakhir bersama arwah bapa

 Gambar terakhir sebelum arwah bapa pergi dan tidak akan kembali lagi
Tempat arwah bapa bersemadi buat selama lamanya

*Apak,adik sayang dan rindukan apak* :-(


AL FATIHAH untuk Allahyarham Noordin Ariffin

Al FATIHAH untuk Allahyarhamah Jamaliah(ibu kepada Allahyarham Noordin yang pulang ke rahmatullah 7hari selepas pemergian Allahyarham Noordin)

AL FATIHAH untuk Allahyarham Nor Azuan Noordin(abang)

Jemputan Makan Malam

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Ramadhan

Pada hari  Jumaat yang lepas,bersamaan dengan 3hb Ogos,saya mengikut suami menghadiri majlis makan malam bersama rakan sekerja beliau di Joondalup Resort Hotel Perth.Di tempat yang sama juga kami diberikan penginapan percuma oleh syarikat suami saya bekerja.

Ini lah pengalaman pertama saya menghadiri majlis makan malam rasmi di Perth,oleh itu saya kongsikan bersama beberapa gambar untuk tatapan anda semua.

Persekitaran Joondalup Resort Hotel,Perth
                
Majlis makan malam



Sekian untuk kali ini,moga dapat berjumpa di masa akan datang,InsyaAllah :-)

Tahniah Australia

Asssalamualaikum w.h.t dan Salam Ramadhan

Seperti yang telah saya beritahu sebelum ini,pilihanraya umum Australia telah diadakan pada 21 Ogos 2010.
Apabila pilihanraya selesai,atas sebab sebab tertentu,keputusannya tidak dapat diketahui awal.
Setelah rakyat menunggu selama 18hari,akhirnya kerajaan baru di bawah pimpinan Perdana Menteri Julia Gillard dapat dibentuk.
Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Tahniah kepada kerajaan baru Australia!