Satu hari selepas tiba di Amerika Syarikat saya sudah mula "panjang langkah" meneroka ke tempat-tempat menarik di dalam negara Presiden Barack Hussein Obama ini. Menaiki kereta dari Farmington ke Santa Fe mengambil masa lebih kurang 3 jam dan 45 minit.
Seperti yang anda lihat dari gambar di atas, untuk sampai ke Santa Fe kami perlu menempuh jalan yang bergunung ganang sehingga pernah mencecah paras ketinggian 8000 kaki.
Seperkara lagi yang menarik perhatian saya ialah, di sepanjang perjalanan ini juga dapat dilihat begitu banyak kasino yang terletak berdekatan dengan hentian rehat seperti stesen minyak, hotel dan restoran.
Santa Fe ialah ibu negeri New Mexico, salah satu negeri di dalam Amerika Syarikat. Jumlah populasi penduduk sehingga tahun 2010 ialah 67,947orang.
Sebaik tiba di sini, kami singgah di Lapangan Terbang Santa Fe dengan niat untuk melihat lebih dekat dan bergambar dengan jet pejuang Tentera Udara Di Raja Australia F-111 ( Royal Australian Air Force) yang sudah bersara 16 tahun lalu.
Kemudian barulah kami menuju ke pusat bandar yang terletak tidak jauh dari situ.
Kereta diletakkan berdekatan dengan gereja tertua di Amerika Syarikat iaitu gereja San Miguel yang dianggarkan dibina sekitar tahun 1610-1626.
Gereja tertua di Amerika Syarikat. |
Bangunan Parlimen New Mexico di Santa Fe. |
Tugu peringatan perang. |
*Pueblo Indian = Red Indian/ Kaum Asli Amerika
Oleh kerana itulah hampir 100% bangunan dan rumah di bandar Santa Fe mempunyai ciri-ciri senibina masyarakat kaum asli Amerika.
Bangunan unik berusia ratusan tahun di Santa Fe. |
Patung bercirikan kaum asli Amerika atau lebih dikenali sebagai Red Indian. |
Saya bergambar berlatar belakangkan bangunan yang warnanya serba coklat serta menjamu mata melihat kraftangan untuk dijual hasil kerja masyarakat asli Amerika. |
Separuh hari Sabtu dihabiskan di Santa Fe sebelum kami menuju ke destinasi seterusnya. Nantikan selepas ini.
jauh perjalanan luas pandangan kan... cek pun dapat tmbah ilmu and tahu serba skit budaya luar..
ReplyDeleteRuby : hehe moga2 catatan perjalanan yg tak seberapa ni dpt la menambahkan sedikit pengetahuan utk pembaca lain :)
ReplyDeleteSeronok baca cerita pengalaman di negara orang, akan ku nantikan kisah seterusnya ;D
ReplyDelete~KC~
KC:Terima kasih kerana mengikuti :)
ReplyDelete