Setelah dua tahun lima bulan saya menetap dan tidak keluar dari Australia,akhirnya buat pertama kali saya terbang jauh meninggalkan bumi Kangaroo.
Saya berlepas dari Melbourne,Australia ke Amerika Syarikat seorang diri untuk bersama-sama menyertai suami yang sudah berada di sana beberapa bulan lalu atas urusan kerja.
Di Lapangan Terbang Melbourne - A380 milik Qantas Airways ,pesawat komersial/penumpang terbesar di dunia |
Pas Masuk Pesawat (Boarding Pass) |
Boleh saya ulaskan di sini,75% mutu perkhidmatan kelas Premium Economy hampir menyamai mutu perkhidmatan kelas perniagaan (Business Class) dan jauh berbeza jika hendak disamakan dengan tahap serta mutu perkhidmatan kelas ekonomi biasa.
*Untuk maklumat tambahan,kedudukan penumpang kelas pertama(First Class)dan Ekonomi (Economy) adalah di tingkat bawah (main deck).Manakala penumpang kelas perniagaan (Business Class) dan Premium Economy di tingkat atas (upper deck)
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk,saya dihidangkan dengan minuman selamat datang dan diberi comfort kit (sarung kaki,ubat/berus gigi serta penutup mata dan telinga) oleh pramugari dan tidak lupa juga sudah menjadi kebiasaan,saya pasti akan membaca kad maklumat keselamatan.
Sebelum berlepas |
Di sebelah kiri ialah kad menu,manakala di sebelah kanan ialah hidangan makan tengah hari dan sarapan pagi |
Salah satu yang canggih di dalam pesawat A380 ini ialah kamera di luar ekor pesawat dapat membawa kami melihat secara langsung apa yang terjadi di luar kapal terbang di sepanjang penerbangan |
Selepas menikmati ais krim sebagai pencuci mulut (gambar lupa untuk diambil),saya memilih minuman teh o panas sebelum menyambung tidur |
Penerbangan yang mengambil masa selama 14jam dan 30minit ini akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Los Angeles, California Amerika Syarikat.Setelah melepasi kastam dan imigresen,saya menukar terminal dan dapat berehat beberapa jam (waktu transit) sebelum menyambung penerbangan ke Denver, Colorado dengan menaiki pesawat American Airlines.
Waktu penerbangan dari Los Angeles ke Denver mengambil masa kira-kira hampir 2jam.Walaupun saya berasa sangat letih dan mengantuk,tetapi saya menahan mata kerana merasa sangat rugi jika tidak melihat dan mengambil gambar gunung ganang yang diselaputi salji di negeri Colorado.(seperti gambar di bawah)
Pesawat CRJ American Airlines membawa saya ke Denver dan ditemani dengan pemandangan Rocky Mountain di sepanjang penerbangan |
DENVER, COLORADO
Sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver,saya mengambil bagasi dan melakukan daftar masuk untuk penerbangan seterusnya (penerbangan ketiga dan terakhir untuk hari tersebut) iaitu ke Farmington,New Mexico yang akan mengambil masa lebih kurang 1jam dan 20minit.
Great Lakes Airlines ialah pesawat ringan/kecil yang saya naiki dari Lapangan Terbang Antarabangsa Denver |
Jika dikira jumlah keseluruhan waktu penerbangan serta waktu transit bermula dari Melbourne, saya mengambil masa lebih dari 24jam untuk sampai ke destinasi terakhir.Syukur Alhamdulilah akhirnya saya selamat mendarat di Farmington,New Mexico pada jam 8.40malam.
Farmington, New Mexico |
Pastikan anda bersama Terjemahan Hati untuk catatan perjalanan dan gambar seterusnya. :-)
best & teruja nisah tgk akak punye trip, teringin nak follow macam akak, meluaskan pandangan & pengalaman.. :) bilakah waktunye itu..
ReplyDeletenasib baik ada akak, boleh lah tgk2 keadaan orang2 luar dr malaysia ni.. (terasa bertuah pulak jadi akak) (^_^)
Nisah : Alhamdulilah rezeki, akak pun tak sangka dapat tgk tempat2 orang dan yg penting ambil pengalaman dan belajar cara hidup rakyat negara luar.InsyaAllah dlm Terjemahan Hati ni lah akak akan kongsikan gambar dan ceritakan pengalaman berada di negara orang khas juga untuk Nisah :)
ReplyDeletewahh bestnya jet setting.... apa khabar adik2 berdua? tampal gambo banyak2 lagi kat sini ye, cik bedah nak jamu mata ehhe
Deletetake care acu-azli::))
Sazsaz : Kami berdua baik Alhamdulilah.InsyaAllah akan di update lagi di lain masa.Nantikan ;)
ReplyDeleteWow... hampir 24 jam.. Terima kasih berkongsi pengalaman penerbangan merentasi lautan Pacific untuk bertemu dengan suami tersayang.
ReplyDeleteAnonymous : zbukan hampir tp rasanya dah lebih dr itu :)
ReplyDelete