Thursday 19 June 2014

Gunung Wellington, Tasmania (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Gunung Wellington terletak berhampiran dengan bandar Hobart, Tasmania dan mempunyai ketinggian 1,271 meter. Puncak gunung ini sering diliputi salji dan adakalanya masih boleh terdapat pada musim panas (di bahagian cerun dan hutan tebal).Melalui gambar-gambar di bawah saya berharap anda dapat turut merasai pengalaman menaiki Gunung Wellington.










Bayaran masuk tidak diperlukan dan tiada had waktu untuk naik ke puncak. Walau bagaimanapun
dek pemerhatian berbumbung (The pinnacle observation shelter), dibuka kepada orang ramai dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam pada musim panas manakala 8.00 pagi hingga 4.30 petang pada musim sejuk.





Gambar-gambar di puncak Gunung Wellington yang kami kunjungi pada kali kedua dan hari yang berbeza akan disiarkan di Bahagian 2 selepas entri ini.


4 comments:

  1. Ooooohh..so gunung ni la yg kita nampak dari memorial park tu..:)
    Berapa jam drive ke atas?

    ReplyDelete
  2. cik..kalau dr hobart drive brape lame?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakim : Dari Hobart ke Mt Wellington drive dalam 30-45 minit sahaja.

      Delete