Saturday 7 June 2014

Launceston, Tasmania

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Launceston ialah bandar kedua terbesar di Tasmania selepas Hobart dan juga merupakan salah satu bandar tertua di Australia. Launceston diberi nama mengikut dari bandar Launceston, Cornwall di United Kingdom. Salah satu fakta tentang Launceston ialah, bandar ini mempunyai sistem pembentungan bawah tanah yang pertama di Australia.

Kami tiba di Launceston pada tengah hari dan bersiar-siar di pusat bandar sambil menikmati pemandangan bangunan-bangunan lama yang terdapat di sini. Selepas makan tengah hari di sebuah restoran halal (pemiliknya berbangsa Melayu), kami meneruskan perjalanan menuju ke Hobart.















3 comments:

  1. Ali's Asian Cafe tu ke yg own by malay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dz : Yup, malay lady dari Malaysia. Bisnes dia dah lama, hampir or dah lebih tahun.

      Delete