Sunday, 16 October 2016

Pemanduan Dari Helena Ke Missoula (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Artikel ini adalah bersambung dari bahagian pertama. Untuk membaca cerita penuh dan melihat gambar-gambar lain, sila ke ;
http://sharery.blogspot.com/2016/10/pemanduan-dari-helena-ke-missoula.html

Seperti yang telah dinyatakan pada bahagian pertama, saya tidak mengubah suai (edit) gambar-gambar salji ini. Apa yang anda lihat adalah sama dengan apa yang saya lihat dari mata sendiri dan sama dengan apa yang saya rakamkan.

Di sepanjang perjalanan dari Helena ke Coeur d'Alene, saya dan suami hanya berhenti 3 kali . Hentian pertama kami berhenti untuk memeriksa keadaan kereta. Risau jika terdapat sebarang perkara yang tidak diingini akibat dari menempuh salji yang lebat. Hentian kedua kami singgah untuk ke tandas manakala kali ketiga kami berhenti di Missoula untuk mengisi minyak kereta.
































Di Garrison, Montana.

Garrison terletak di antara simpang penghujung jalan raya US-12 W (laluan kami dari Helena) dengan lebuhraya I-90 (yang bakal kami lalui menuju ke Missoula seterusnya Coeur d'Alene).



Salji agak berkurangan di Garrison tetapi suhu masih lagi rendah.


Menyambung pemanduan dan memasuki lebuhraya I-90.


Had laju bagi kenderaan biasa dan berat adalah berbeza. Papan tanda seperti ini memang biasa dilihat di mana-mana jalan raya atau lebuh raya di Amerika Syarikat.




Hentian kedua yang kami singgah ialah berhampiran Gold Creek.


Hentian rehat di lebuh raya I-90.


Hentian di lebuh raya I-90.





Pemandangan perkampungan semasa kami menyusuri lebuh raya I-90.




Setiap kali melihat rumah-rumah di kawasan pendalaman sebegini dan apatah lagi di kaki gunung, saya tidak boleh lari dari membayangkan yang saya menjadi penduduk di situ.










Pemanduan kami seiring dengan keretapi kargo. 




Nantikan artikel bahagian 3 yang bakal saya siarkan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment