Monday, 24 October 2016

Pemanduan Dari Missoula Ke Coeur d' Alene (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pemanduan dari Missoula ke Coeur d'Alene yang memakan masa lebih kurang 2 jam 40 minit bakal menamatkan kembara untuk hari tersebut dan bakal menyambung semula pada keesokan harinya. Pada awal pagi kami memulakan perjalanan dari Billings menuju ke Helena;
http://sharery.blogspot.com/2016/09/pemanduan-dari-billings-ke-helena.html
http://sharery.blogspot.com/2016/09/pemanduan-dari-billings-ke-helena_15.html
http://sharery.blogspot.com/2016/09/pemanduan-dari-billings-ke-helena_18.html

kemudian berhenti seketika di Helena;
http://sharery.blogspot.com/2016/09/helena-ibu-negeri-montana.html

dan seterusnya ke Missoula.
http://sharery.blogspot.com/2016/10/pemanduan-dari-helena-ke-missoula.html
http://sharery.blogspot.com/2016/10/pemanduan-dari-helena-ke-missoula_16.html
http://sharery.blogspot.com/2016/10/pemanduan-dari-helena-ke-missoula_20.html

Sekali lagi di dalam perjalanan ini kami menempuh salji tetapi tidak seteruk beberapa jam yang lalu. Walau bagaimanapun salji tetap turun di atas puncak gunung di mana saya berkesempatan merakamkan gambarnya khas ditujukan untuk para pembaca yang mungkin ada di antara anda yang tidak pernah melihat pemandangan sebegini. Awan rendah, kabus tebal barangkali mungkin anda menyangka hujan lebat sebaliknya salji yang turun seperti tepung yang ditabur di atas gunung. Saya tidak mengubah suai (edit) mana-mana gambar salji. Apa yang anda lihat sama seperti apa yang saya lihat melalui lensa kamera.


















Ini merupakan salah satu gambar kegemaran saya.


























Perjalanan kami sudah mula menaiki gunung dan kami perlu menempuhi salji yang turun. Kualiti gambar agak kurang memuaskan kerana cuaca sudah mula hendak gelap.





Melalui gambar ini anda dapat lihat yang kenderaan kami sudah berada di atas gunung.

Nantikan artikel bahagian 2 yang bakal saya siarkan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertnyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembagann terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.




No comments:

Post a Comment