Thursday 9 February 2017

Bangunan BOEING Terbesar Dunia, Everett, Washington

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kilang pemasangan kapal terbang yang juga bangunan Boeing di Everett, Washington adalah bangunan terbesar di dunia (mengikut isi padu). Tentunya saya berasa bangga kerana pernah masuk ke dalam bangunan ini semasa melakukan lawatan beberapa tahun lalu. Para pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam bangunan justeru saya kerap merakamkan gambar di luar sahaja apabila setiap kali saya dan suami datang ke Everett. Pada lawatan kami yang terkini, buat pertama kalinya saya merakamkan video bangunan terbesar dunia ini khas untuk tontonan para pembaca sekalian.

Video 1 : Bangunan Boeing, Everett, Washington



Video 2: Future of Flight - Aviation Center & Boeing Tour



Video 3 : Future of Flight - Aviation Center & Boeing Tour



Video 4: Paine Field Snohomish County Airport. Lapangan terbang ini digunakan untuk penerbangan latihan dan ujian oleh Boeing. Bangunan Boeing Terbesar Dunia terletak bertentangan dengan tempat saya merakamkan video ini. Pada petang itu tidak ada sebarang penerbangan naik dan turun kerana landasan telah ditutup. Kali terakhir saya pernah datang ke sini ialah pada musim bunga.




Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment