Friday 3 February 2017

Bunga Menyanyi - Arca Kuasa Solar

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejatera

Sonic Bloom, nama yang diberi untuk arca bunga setinggi 40 kaki yang terletak di Pacific Science Center, Seattle Center, Seattle. Lima kuntum bunga arca ini telah 'berjiran' dengan menara Space Needle sejak dari tahun 2013. Ia direka oleh artis yang berasal dari Seattle iaitu Dan Corson dengan mengambil ilham dari bunga di Australia yang diberi nama 'Firewheel Tree'.

Keistimewaan Sonic Bloom ialah bunga-bunga ini mempunyai sensor di mana ia akan berbunyi seperti mendendangkan lagu apabila ada pergerakan dari pejalan kaki. Pada waktu malam Sonic Bloom akan bercahaya dengan bantuan dari kuasa solar.

Sebuah kapal terbang sedang melakukan penerbangan melintasi Sonic Bloom dan menara Space Needle.


Video 1 : Pemandangan persekitaran Pacific Science Center yang menampakkan Sonic Bloom dan Space Neede.



Papan tanda pengenalan mengenai Sonic Bloom diletakkan bersebelahan arca ini.


Sonic Bloom direka oleh artis yang berasal dari Seattle iaitu Dan Corson.


Kesemua bunga mempunyai bentuk yang berlainan.


Sonic Bloom bercahaya lebih dari lima jam pada setiap malam.


Mungkin di lain masa saya akan datang ke sini lagi untuk mengambil gambar pada waktu malam ketika ia sedang bercahaya.




Video 2 : Hanya suami saya sahaja yang bergerak mengelilingi Sonic Bloom. Andai mempunyai ramai pejalan kaki, bunga-bunga ini pasti akan lebih rancak berbunyi.



Semasa pertama kali berkunjung ke Seattle pada tahun 2012, saya sudah mulai jatuh cinta dengan bandar ini. Seattle mempunyai banyak persamaan dengan Melbourne, Australia. Sukar untuk saya huraikan persamaan antara kedua buah bandar ini kerana hanya mereka yang tinggal di Melbourne yang datang ke Seattle sahaja boleh memahami. Salah satu yang jelas persamaanya ialah kesenian yang begitu menyerlah di sekitar bandar. Melbourne juga turut mempunyai arca berbunyi seakan seperti Sonic Bloom yang saya pasti ramai tidak mengetahuinya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment