Tru by Hilton Las Vegas Airport dibuka pada Disember 2017 manakala Tru by Hilton Meridian Boise West dibuka hanya beberapa hari sebelum kedatangan saya. Tentunya ia memeranjatkan dan dalam waktu yang sama berasa gembira kerana menjadi antara tetamu terawal yang menginap di sini. Saya melihat pengering rambut di dalam bilik masih terikat dan belum pernah digunakan.
Keseluruhan konsep hiasan dalaman dan luaran hotel sama seperti Tru by Hilton Las Vegas Airport dengan tambahan, di sini ada ruang berehat di bahagian luar yang dihias agak bersahaja seperti berada di laman rumah.
Walaupun hanya dapat bermalam satu hari sahaja tetapi saya rakamkan gambar lebih banyak berbanding semasa menginap beberapa hari di Tru by Hilton Las Vegas Airport. Harga bagi kedua hotel ini sangat berpatutan dan saya yakin ia disebabkan faktor hotel yang baharu dibuka dan bukan pada musim puncak. Untuk kadar harga terkini anda perlu melawat ke laman sesawang Try by Hilton.
Ulasan penuh yang positif telah saya huraikan di dalam artikel Tru by Hilton Las Vegas Airport yang disiarkan beberapa minggu lalu di alamat di bawah;
http://sharery.blogspot.com/2018/11/tru-by-hilton-las-vegas-airport-nevada.html
https://youtu.be/Wjs5rwfpMUY
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment