28 December 2011

Percutian Musim Panas 2011 (3-Ulangtahun Ke 30)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

26 NOVEMBER 2011

Hari ini usia saya genap 30 tahun.Saya bersyukur kepada Allah kerana saya masih diberi peluang untuk bernafas dibumiNya.
Jika pada tahun 2009 saya menyambut hari jadi di Perth,tahun lalu di Melbourne dan tahun ini saya kembali semula di ibu negeri Australia Barat iaitu Perth.
Seperti biasa,tidak ada sambutan yang meriah tetapi saya gembira dapat meluangkan masa bersama insan tercinta.

Bersiar mengambil angin petang di kawasan yang berdekatan dengan rumah kami
Berlatar belakangkan bangunan pencakar langit di bandaraya Perth
Makan malam di restoran Shimizu,restoran Jepun halal pertama di Australia Barat
Sekali lagi saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada kesemua yang telah menyampaikan ucapan,doa serta ingatan pada hari istimewa saya ini. :-)

*Akan bersambung

27 December 2011

Percutian Musim Panas 2011 (2-Imbas Kembali)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

25 NOVEMBER 2011

Pada sebelah lewat petang,saya dan suami berjaya melakukan "lakonan semula" di Kings Park and Botanic Garden.
Lakonan semula yang dimaksudkan ialah mengambil gambar di tempat yang sama kami ambil pada empat tahun lalu.
Kedatangan kami semula di sini bukan sahaja mengambil gambar di mana lokasi dan posisinya sama,malah baju dan aksesori yang kami pakai juga sama seperti sebelumnya.

Oleh kerana hari cerita ini ditulis bertarikh 27hb Disember,maka saya pun berkongsi bersama anda gambar bersejarah bagi kami suami isteri ini. :-)


*Akan bersambung

25 December 2011

Percutian Musim Panas 2011 (1-Bermula)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Kembali saya di sini setelah hampir satu bulan tidak mengemaskini sebarang cerita atau gambar.
Bermula pada 24hb November bulan lalu,saya telah menghabiskan percutian musim panas saya bersama suami dan seorang tetamu istimewa dari Malaysia. :-)

24 NOVEMBER 2011
Saya dan suami berlepas dari Melbourne dan pulang ke Perth dengan menaiki  pesawat Qantas QF777.
Lebih kurang jam 4 petang kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Perth.Saya sangat gembira kerana hari pertama percutian musim panas kami di sambut dengan cuaca panas yang suhunya 38 darjah Celcius.
Tidak ada sebarang aktiviti dilakukan selain berehat di rumah dan pada sebelah malamnya saya dan suami keluar makan bersama rakan-rakan beliau.
Berehat dan mengalas perut di Qantas Bussines Lounge sebelum menaiki pesawat
Sudah mendarat di Perth
Makan malam di restoran D' Nyonya, Victoria Park
25 NOVEMBER 2011
Tidak ada aktiviti padat pada hari ini tetapi cukup sekadar dapat meluangkan masa bersiar di beberapa tempat di dalam bandar,minum petang di salah satu kedai kegemaran dan pada sebelah malamnya kami menziarah kakak angkat di Subiaco iaitu kak Faizah Robson.
Di bandar Perth
Minum petang disertakan pemanis mulut di Gelare
Karipap dan ubi kayu goreng pembuka selera sebelum hidangan makan malam

Bersama kak Faizah

*Akan bersambung..