Thursday 20 April 2017

Williams, Arizona (Route 66) - Bahagian 1

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kepada mereka yang sedang membuat perancangan untuk melawat ke Taman Negara Grand Canyon dan dalam masa yang sama belum pernah menjejakkan kaki di mana-mana tempat sejarah atau jalan raya utama Route 66, saya menggalakkan anda untuk singgah di Williams.

Williams terletak di pinggir lebuh raya  I-40 di mana ia merupakan lebuh raya yang sama digunakan untuk ke Taman Negara Grand Canyon. Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, era kegemilangan Route 66 sudah berakhir tetapi masih terdapat pekan-pekan kecil yang menjalankan perniagan seperti restoran, kafe dan motel. Suasana persekitaran dan dekorasi dalaman serta luaran di premis perniagaan mereka tetap dikekalkan sekaligus ia seolah membawa kita ke zaman dahulu kala.

Setiap kali melawat ke lokasi Route 66 yang berbeza, tumpuan utama saya ialah mengambil gambar sebanyak mungkin dan saya begitu tertarik dengan papan-papan tanda di premis perniagaan kerana saya percaya ia tidak akan sama dengan papan tanda yang akan saya lihat di lokasi Route 66 di tempat lain.

Artikel bahagian 2 dan akan disiarkan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment