Thursday 15 March 2018

Top Gun Steak & Burgers - Toronto, Kanada

Salah sebuah restoran makanan segera halal yang telah saya kunjungi di Toronto ialah Top Gun Steaks & Burgers. Hidangan yang dinikmati amat memuaskan dan berbaloi dengan harganya.
Konsep dan hiasan dalaman restoran ini juga begitu menarik perhatian dan bersesuaian dengan nama yang diberi. Restoran ini sentiasa ramai dengan pelanggan, oleh itu sekiranya anda berminat untuk datang ke sini, saya menggalakkan datang pada bukan waktu puncak. Kedatangan saya dan suami pada bukan waktu puncak lebih menyenangkan untuk kami mengambil gambar di luar dan dalam restoran tanpa sebarang gangguan dan semestinya pesanan makanan cepat disiapkan.

Sila layari laman sesawang Top Gun Steaks & Burgers untuk memilih lokasi dan menu yang ditawarkan.
http://www.topgunsteak.com/

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment