Wednesday 23 May 2018

Pemandangan Coal Harbour Pada Musim Luruh Oktober 2017

Coal Harbour ialah sebuah kawasan kejiranan mewah yang terletak di pusat bandar Vancouver. Ia merupakan tempat tarikan pelancong kerana di sini menempatkan pelabuhan, marina, jeti untuk kapal terbang laut, Pusat Konvensyen, premis perniagaan seperti restoran, kafe serta kedai menjual cenderamata. Pelancong dan penduduk tempatan juga gemar berjalan kaki di sepanjang marina sambil menikmati pemandangan indah gunung ganang dan Stanley Park. Kondominium di sini hampir kesemuanya berharga jutaan dollar kerana faktor lokasi dan pemandangan yang tidak boleh didapati di tempat lain.

Musim luruh merupakan musim yang begitu cantik untuk datang melihat pokok-pokok yang berlainan warna serta daun yang berguguran dengan banyak. Artikel kali ini saya berkongsi dengan anda gambar-gambar yang saya rakamkan di Coal Harbour pada waktu petang, bulan Oktober tahun lalu. 

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment