Wednesday 13 June 2018

Musim Luruh 2017 Di Vancouver, Kanada (Bahagian1)

Secara rasminya musim luruh di hemisfera utara bermula pada 22 September dan berakhir pada 21 Disember setiap tahun. Walau bagaimanpun musim luruh di Vancouver datang lebih awal dari tarikh rasmi. Pada penghujung musim panas telah banyak pokok-pokok bertukar warna, daun berguguran dan suhu mulai menurun. Makanya, sebelum musim sejuk dan masih lagi musim luruh kebanyakan pokok-pokok telah pun tinggal dahan dan ranting sahaja.
Di dalam artikel kali ini saya berkongsi gambar-gambar pemandangan musim luruh di Vancouver dan kawasan sekitar serta yang berdekatan dengannya. Nama-nama lokasi tempat saya rakamkan 38 gambar di bawah telah saya letakkan di dalam video yang turut dimuat naik di sini.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/KoR4I2IGKBY

Nantikan artikel bahagian 2 yang akan saya siarkan tidak lama lagi.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment