Wednesday 20 February 2019

Musim Luruh Di Washington Bulan Oktober

Artikel pada kali ini saya kongsikan gambar-gambar yang dirakamkan di negeri Washington, Amerika Syarikat pada musim luruh bulan Oktober tahun lalu. Antara lokasinya ialah di Mukilteo, Bellevue dan Seattle.

Mukilteo
18 gambar pertama ialah semasa lawatan saya ke The Future Of Flight Aviation Center & Boeing Tour. Sudah terlalu kerap saya dan suami datang melawat di sini tetapi kali ini agak memeranjatkan kerana ruang di bahagian pameran hampir kosong. Melalui maklumat yang diperolehi dari petugas, keseluruhan bahagian pameran sedang dalam proses pengubahsuaian.

Bellevue
Buat pertama kalinya saya menikmati sarapan pagi di salah sebuah cawangan Woods Coffee. Woods Coffee ialah kafe yang berasal dari negeri Washington yang memulakan perniagaan sejak dari tahun 2002 yang mempunyai 18 buah cawangan di negeri Washington termasuk sebuah cawangan tunggal di Delta, British Columbia, Kanada.

Seattle
Dapat dilihat banyak hiasan dan dekorasi di restoran, kedai dan pasar sempena Hari Halloween. Saya turut makan tengah hari di restoran Miss Cafe yang menghidangkan sajian dari negara Turki, Seperti biasa dan menjadi kewajipan bagi saya setiap kali berada di Seattle untuk bergambar di hadapan kedai Starbucks pertama di dunia. Kesemua gambar yang dirakamkan disimpan hanya untuk suka-suka.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment