Wednesday 1 July 2020

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10 Tahun Lalu 2019

Artikel ini sepatutnya disiarkan pada tahun lalu tetapi atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan saya terpaksa menangguhkan sehinggalah pada hari ini. Pada 25 September 2019, saya dan suami menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10. Setiap rumah tangga pasti ada ombak pasang surutnya, baik atau tidak saya jadikan pengajaran dan teladan. Saya bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang diberikan olehNya untuk kami berdua sepanjang lebih sepuluh tahun ini dan antaranya ialah kami diberi peluang untuk tinggal di beberapa buah bandar di tiga buah negara dan di dua benua yang berbeza.

Di sini saya kongsikan gambar-gambar kami yang dirakamkan mengikut susunan dari tahun 2019 iaitu selepas berkahwin sehinggalah hari sambutan ulang tahun pada tahun 2019. Kesemua gambar di bawah ini memberi makna istimewa kepada saya. Walaupun sebenarnya banyak lagi yang ingin dimuat naik tetapi saya simpan untuk dimasukkan di dalam video yang akan disiapkan tidak lama lagi.

2019 - Albany, Western Australia, Australia
2010 - Nullarbor Plain, Western Australia, Australia
2010 - Melbourne, Victoria, Australia
2011 - Parliament House, Canberra, Australian Capital Territory
2012 - New Mexico State Capitol, Santa Fe, New Mexico, USA
2013 - Victoria Peak, Hong Kong
2014 - Perth, Western Australia, Australia
2015 - Chicago, Illinois, USA
2016 - Vancouver, British Columbia, Canada
2017 - Las Vegas, Nevada, USA
2018 - Vancouver, British Columbia, Canada
2018 - Crater Lake, Oregon, USA
2019 - Seattle, Washington, USA
Ulang Tahun Perkahwinan
2019 - Vancouver, British Columbia, Canada
















Kepada suami tercinta, sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan. Semoga rumah tangga kita berbahagia hingga akhir hayat.

Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

5 comments: